Isnin, 25 April 2011

RANGKUMAN 3 PERLAWANAN

selepas bergaya menewaskan SIME DARBY dengan 2-0, langkah perwira USM FC terhenti lagi apabila tunduk kepada MP Muar di stadium USM. berbekalkan azimat untuk membalas dendam akibat kekalahan di johor dahulu, USM FC tampak layu apabila ketinggalan pada minit 11 melalui sepakan penalti. perlawanan tersebut memeningkan penonton dengan aksi pengadil kerana melayangkan 10 kad kuning dan 1 kad merah kepada pemain usm fc iaitu riduan nawi beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama. 5 minit babak kedua bersambung, USM FC menyamakan kedudukan juga hasil sepakan penalti oleh manzoor azwira. namun minit 64, MP Muar sekali lagi di depan hasil sepakan percuma menarik disusuli gol pada minit 75 hasil rembatan kencang menewaskan penjaga gol USM FC. tamat perlawanan, USM FC 1 - MP Muar 3.

sekali lagi bumi USM menjadi medan pertarungan liga perdana,kali ini menemukan USM FC dengan SDM Navy. perlawanan separuh masa pertama yang cukup hambar dengan corak permainan yang cukup perlahan. hasilnya, kelekaan USM FC membawa padah apabila tandukan penyerang SDM Navy meletakkan pasukannya mendahului 1-0. separuh masa kedua dimulakan dengan permainan yang agak rancak untuk mecari gol penyamaan. hasilnya, minit 65, rembatan kencang kaki kiri thinagaran menewaskan penjaga gol SDM Navy untuk kedudukan 1-1. USM FC terus melancarkan serangan dan penantian USM FC berakhir pada minit 85 apabila cubaan jarak jauh manzoor menewaskan penjaga gol SDM Navy. tamat perlawanan, USM FC 2 - SDM Navy 1. bagi coach veloo,, perkara paling penting, jangan lakukan kesilapan mudah demi mencapai 3 mata yang berharga.

misi mencapai top 4 dalam liga perdana semakin digapai apabila USM FC menewaskan PDRM 2-0 di stadium tunku abdul rahman,paroi,negeri sembilan hasil jaringan fariss azlan dan failee. justeru, perlawanan menentang pulau pinang jumaat ini pasti menarik kerana usm fc akan cuba meperbaiki kedudukan dalam liga demi merintis kemungkinan mencipta sejarah ke aksi piala malaysia.

Sabtu, 16 April 2011

USM FC bangkit dari kekalahan





kesebelasan utama :

mohd hisyam,
shariman che omar, farez azlan, azizan arshad, fahmi yusoff,
hazrul hakim, riduan nawi, thinagaran, akmal mohd noor,
mohd failee, mohd hafiz.

selepas mengalami 3 kekalahan berturut-turut kepada sarawak, Pos malaysia dan MP Muar, USM FC tampil dengan harapan untuk memperbaiki kedudukan dalam liga perdana yang meperlihatkan semakin hari USM FC semakin menuju ke kelompok bawan liga. beraksi menentang Sime Darby, USM FC bermula garang apabila tandukan Failee seawal minit ketiga telah mencemaskan kubu pasukan Sime Darby namun gagal menjaringkan gol.

corak permainan keras Sime Darby turut merisaukan anak buah Coach Veloo kerana merencatkan momentum perlawanan. minit 24, Hafiz membuat lintangan namun Failee gagal memanfaatkan peluang tersebut. usaha gandingan penyerang ini berjaya apabila hantaran Fahmi disudahkan dengan tandukan oleh Hafiz untuk USM FC mendahului dengan 1-0. Sime Darby menerima malang berganda apabila salah seorang pemainnya diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

tirai babak kedua dimulakan denga Hafiz digantikan dengan Afzan dan Sime Darby turut melakukan 2 pertukaran serentak. kelekaan barisan pertahanan USM FC hampir dihukum apabila minit 18 dan 19 permainan menyaksikan asakan bertubi-tubi daripda jentera serangan Sime darby namun gagal menjaringkan gol. minit 25, Failee mencetak gol kedua permainan selepas memperdayakan pemain pertahanan Sime Darby lalu menewaskan penjga gol lawan dengan sepakannya yang menerjah jaring. minit 30, fauzan dimasukkan untuk menggantikan Akmal dan 5 minit kemudian USM FC membawa masuk Manzoor untuk menggantikan Hazrul Hakim.

sehingga tamat perlawanan, USM FC 2 - Sime darby 0. perlawanan seterusnya ialah pada 18 April (ISNIN) dengan menentang MP MUAR di Stadium USM jam 8.45 malam.

Jumaat, 1 April 2011

Badi Di Std Selayang





Segalanya tampak kembali sukar setelah skuad kendalian S.veloo tewas di tangan anak muda iaitu Harimau Muda B di std. selayang dimana std ini belum pernah membawa tuah buat pasukan Usm Fc. Beraksi tanpa kelibat faris azlan(k) yang digantung 1 perlawanan di bahagian pertahanan bukan bermakna USM FC tidak mampu bermain dengan baik. Seawal minit ke 2 perlawanan lagi Usm Fc mengasak kubu Harimau Muda B melalui percubaan tepat mohd Hafiz rahman didalam kotak penalti. Namun penjaga gol Harimau Muda B Berjaya menangkap kemas percubaan tersebut.

10 minit selepas itu , harimau muda B membuat beberapa Counter Attack dari segenap sudut padang bagi membolosi gawang Usm fc. Mohd Shahril telah menjatuhkan pemain lawan pada minit 13 setelah pemain Harimau muda itu Berjaya melepasi Pertahanan usm fc yang lain. Insiden terbabit menyaksikan shahril dilayangkan kad kuning pertama perlawanan. Shahril sekali lagi didapati bersalah menjatuhkan pemain pihak lawan pada minit 20 yang memaksa pengadil melayangkan kad kuning kedua. Layangan dua kad kuning telah memberikan tamparan hebat buat pasukan Usm fc yang menyaksikan Usm Fc hanya bermain dengan 10 orang bagi baki 70 minit perlawanan seterusnya .

Gaya serta corak permainan Usm fc Kian hambar selepas itu, segalanya seolah olah tidak menyebelahi buat USM FC. Minit 25 , usm fc membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Mohd Hafiz dan digantikan dengan Zairy Jaafar bagi mengukuhkan kembali barisan pertahanan. Minit ke 35 Harimau Muda Berjaya mendapatkan gol pertama mereka melalui sepakan cantik mohd Hazwan menewaskan jeevantham di gawang Usm.

Separuh masa kedua , Mohd Bashier dibawa masuk bagi menggantikan Mohd Fauzan ( abg). Kawalan permainan tampak menyebelahi pasukan USM FC setelah Manzoor Azwira dibawa masuk menggantikan Adam abd Malik bagi yang mengukuhkan kawalan bola USM FC di bahagian tengah. Minit 58, mohd Ridzuan Nawi melakukan rembatan jarak juah yang cantik dari tengah padang tetapi ditepis keluar oleh penjga gol Harimau MUda.Harimau muda Berjaya mendapatkan gol kedua mereka Pada minit 83 setelah Mohd Ibrahim Ajiz mudah menampan bola masuk ke dalam gawang USM FC melalui serangan pantas dari sebelah kiri padang. Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan. Harimau Muda B 2 – 0 Usm Fc.

Usm Fc perlu bangkit pada perlawanan selepas ini bagi mengelakkan merekea terus keciciran mata. Elakkan kesalahan yang lama dari terus berulang disamping mengekalkan kembali semangat positif untuk terus melawan walau apa pon yang berlaku. Ayuh pemain USM FC .. Semarakkan perjuanganmu !!

Kesebelasan Utama Usm Fc :

JeeVanatham ( P.G ) , Shahril sidek , Adam abd malik , Mohd Fakhrul razi , Shaiman che omar , Ridzuan Nawi , Hazrul shah Abd hakim , Mohd Akmal , Mohd Fauzan , Mohd Afzan , Mohd Bashier.