Ahad, 17 Julai 2011

USM FC MENAMATKAN SAINGAN DI TANGGA KE ENAM LIGA PERDANA

Saingan pasukan USM FC dalam kancah liga perdana berakhir dengan nota kemenangan 3-1 ke atas pasukan Pos Malaysia. Kemenangan itu telah meletakkan USM FC di tangga ke enam liga. Agak memilukan apabila kemengan itu tidak Berjaya melonjakkan kedudukan USM ke tangga kelima liga yang menjanjikan slot play-off sebagai memberi peluang untuk beraksi dalam kancah Piala Malaysia. Namun, USM FC patut berbangga dengan pencapaian yang diperoleh kerana baru 2 musim beraksi dalam kancah Liga Perdana.

Perlawanan terakhir lalu telah menyaksiakan USM FC membuka tirai jaringan pada saat ke 22 apabila cubaan Failee gagal ditangkap penjaga gol Pos Malaysia. Namun, aksi selepas itu cukup ketara didominasi oleh Pos Malaysia dan akhirnya Pos dapat menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang pada minit 36 permainan.

Babak kedua dimulakan dengan aksi yang tidak menentu dan kawalan bola yang sesekali memberi ruang kepada Pos Malaysia untuk melancarkan serangan. Minit 73, Failee sekali lagi menjaringkan gol kedua pasukan dan hatrik pada minit ke 85. Failee mampu menambah jaringan namun cubaannya terkena tiang gol. Tamat perlawanan, USM FC 3, Pos Malaysia 1.

Harapan semoga USM FC mampu melonjak dengan lebih baik pada musim hadapan. Buat pemain-pemain USM FC yang dipinjam oleh pasukan lain untuk saingan Piala Malaysia, kami di Kelab Penyokong USM FC mengucapkan selamat maju jaya. Buat pengurusan, Jurulatih dan para pemain USM FC, saya ingin memohon maaf andai liputan selama ini menyentuh perasaan mana-mana pihak, jutaan terima kasih di atas kerjasama dan persahabatan yang diberikan. Selamat maju jaya, kita jumpa lagi pada musim depan. Sila klik kolum kedudukan liga untuk melihat pencapaian skuad kesayangan kita. Saya juga telah sediakan senarai penjaring skuad USM FC yang lengkap dalam kolum Penjaring. Assalamualaikum dan sayonara...