Isnin, 14 Mac 2011

Usm fc bangkit di Larkin

Perjalanan ke johor yang memakan masa hampir 10 jam langsung tidak mematahkan semangat para pemain usm fc menentang johor . Menurunkan kesebelasan utama , seperti kebiasannya menaruhkan kepercayaan buat pasangan kembar usm fc iaitu mohd fauzan ( 8 ) dan mohd afzan ( 9 ) zainal abidin serta mohd bashier napae( 10 ) untuk merobek gawang pasukan johor.

Setelah wisel permulaan ditiupkan , usm fc telah merencanakan serangan bertali arus kea rah gawang pasukan johor. Hasil gerakan menarik 1- 2 diantara mohd bashier serta pasangan kembar Usm fc . Usm fc telah Berjaya menjaringkan gol awal melalui sepakan kencang mohd Afzan zainal abidin pada minit ke 8 perlawanan setelah Berjaya mengelecek melepasi pemain pertahanan pasukan johor.

Selang 2 minit selepas itu , pasukan johor telah Berjaya mengikat kedudukan 1 sama setelah pemain pasukan johor menanduk kemas menerjah gawang pasukan usmfc hasil daripada sepakan sudut. Kealpaan di bahagian pertahanan usm fc sekali lagi telah memberi kesan kepada pasukan. Namun begitu , Semangat melawan yang tinggi telah ditunjukan oleh anak buah S.Veloo bagi mendapakan gol. Asakan demi asakan , pada minit ke 35 usm fc mendapat sepakan penalti setelah bola terkena tangan pemain johor dalam kawasan kotak penalty. Mohd Bashier ditugaskan mengambil sepakan penalty. Malangya Sepakan Bashier Berjaya ditepis oleh penjaga gawang johor. Mohd fauzan yang berada berseorangan lantas menyepak masuk bola muntah itu lantas menerjah gawang johor menjadikan keputusan usm fc 2 -1 johor. Keptusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Menurut presiden kelab penyokong usmfc iaitu mohd ikhwan b musa , sains kemasyarakatan , 3 yang menyaksikn perlawanan itu menyifatkan bahawa pasukan usm fc mempunyai semangat melawan yang tinggi walaupun bermain di tempat lawan. “ pemain pasukan usm fc menunjukkan semangat melawan yang tinggi walaupun ada pada ketikanya usmfc diasak hebat oleh pasukan johor pada separuh masa ke dua.” Beliau juga berharap kemenangan pada malam ini mampu menaikkan lagi semangat serta keyakinan para pemain usmfc bagi menghdapi perawanan yang akan datang.

Menurut Ketua Jurulatih usm fc iaitu S.Veloo , keputusan malam ini telah membantu pasukan usm fc memperbaiki kedudukan dalam liga perdana. “ kemenangan pada malam ini sekurang kurangnya mampu memperbaiki kedudukan usm fc dalam liga perdana kerana usm fc mensasarkan kedudukan yang terbaik dalam liga pada saingan liga kali ini “. Beliau juga mahu para penyokong usm fc kembali memberi sokongan padu buat pasukannya pada aksi mendatang kerana beliau percaya sokongan padu dari para penyokong mampu membakar semangat para pemainnya untuk beraksi.

Barisan pemain usm fc yang diturunkan pada mlm itu :

Jeevanantham ( p.gol ), Fariss azlan ( kapten ) , shariman che omar , fakhrulrazi yaakob , adam abd malik , hazrul shah abd hakim , ridzuan nawi , mohd akmal mohd nor , mohd fauzan zainal abidin , mohd fauzan zainal abidin , mohd bashier mohd napae.

Rabu, 9 Mac 2011

LIGA BOLA SEPAK IPT ZON UTARA 2011

PERJUANGAN SKUAD BOLA SEPAK USM @ MINDEN TIGER

Di sebalik kesibukan kita menonton aksi Liga Malaysia, Barclays Premier League dan Liga Juara- Juara, kita seharusnya patut memberi tumpuan juga kepada aksi mahasiswa dari IPTA,IPTS dan Kolej Komuniti ke arah merintis kemungkinan mencipta kejayaan di gedung ilmu dalam Liga Bola Sepak IPT 2011.

Bagi zon utara,sudah pasti penulis akan memfokuskan aksi yang melibatkan skuad Universiti Sains Malaysia atau gelarannya Minden Tiger. Perlawanan yang akan membuka tirai pada 12 Mac 2011 nanti sudah pasti akan mencungkil bakat-bakat bola sepak yang dimiliki golongan mahasiswa ini. Walaupun aksi pasukan ini tidak memiliki prestij yang gah seperti pasukan elit Negara mahupun antarabangsa, namun, kita perlu optimis dan yakin bahawa bermula daripada pentas inilah akan lahir bintang-bintang bola sepak Negara.

Buat skuad Minden Tiger, ayuh, kami di belakang anda. Lakukan yang terbaik demi membawa nama universiti ke arah mencipta suatu kejayaan yang gemilang. Doa warga seluruh warga USM mengiringi perjuangan anda. WE LEAD..!!!

OLEH : MOHD NOOR FARZLI BIN ADENAN

JADUAL SKUAD USM

1

12 MAC 2011

(SABTU)

5.00 PETANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) vs UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

PADANG UTP

2

19 MAC 2011

(SABTU)

5.00 PETANG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) vs KOLEJ KOMUNITI PERLIS (KKPS)

STADIUM USM

3

26 MA 2011

(SABTU)

5.00 PETANG

POLITEKNIK MUADZAM SHAH (POLIMAS) vs UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

STADIUM MINI JITRA

4

02 APRIL 2011

(SABTU)

5.00 PETANG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) vs POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)

STADIUM USM

5

21 MEI 2011

(SABTU)

5.00 PETANG

UITM PERLIS vs UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

STADIUM UITM PERLIS

6

28 MEI 2011

(SABTU)

5.00 PETANG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) vs UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (USM)

STADIUM USM

7

4 JUN 2011

(SABTU)

5.00 PETANG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) vs UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)

STADIUM USM

Rabu, 2 Mac 2011

Adik Menghukum Abang di bumi MINDEN







Kesebelasan Utama USM FC : Jeeva , Farez , Shariman , Fakhrul , Adam , Hazrul Hakim , Ridzuan Nawi , Fauzan ( abg ) , Akmal, Afzan ( adik ) , Bashier .

Kehadiran peyokong P.Pinang untuk menyaksikan perlawanan menarik umpama pertemuan Adik Vs Abg membuatkan keadaan mini std. Usm P.Pinang menjadi bingit. Asakan awal p.pinang seawal minit pertama permainan menceritakan bahawa skuad pulau mutiara bernafsu besar untuk memenangi perlawanan pada mlm ini. Minit ke 9 . p.pinang dihadiahkan sepakan prcuma setelah Katen usm fc membuat asakan terhadap pemain tengah p.pinang.Kedua dua pasukan dilihat berbalas bals serangan selepas itu. Usm fc Pula diahadiahka sepakan percuma pada minit ke 12 setelah Mohd Akmal dijatuhkan di dalam kawasan p.pinang dan pemain p.pinang mendapat kad kuning pertama. Sepakan percuam meluru mencari gawang gol tetapi ditangkap kemas oleh penjaga gol p.pinang.

Rentak permianan diantara kedua dua pasukan seakan akan buntu untuk mencari gol. Namun , Pada minit ke 40 . Usm Fc dihadiahkan sepakan Penalti Setelah bola hasil sepakan penjuru oleh Usm fc dihadang oleh Tangan pemain P.Pinang. Adik a.k.a Afzan dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti. Afzan tidak mempersia siakan peluang tersebut lantas memberi gol peratma utk Usm fc melalui sepakan penalty kencang menewaskan penjaga gol P.Pinang.

Selang hanya beberapa minit perlawanan . Usm Fc sekali lagi mengasak melalui bahagian kiri padang melalui bekas pemain harimau muda iaitu Mohd Akmal . Hasil serangan tersebut , Usm Fc dihadiahkan sepakan percuma yang diambil Sendiri Oleh Akmal. Sepakan percuma tersebut telah menghasilkan keadaan kelam kabut di depan gawan P.Pinang lantas Adam Abd Malik menggunakan peruang ynag terhidang untk menghadiahkan Gol Kedua Buat USM FC melalui sepakan kencang pada minit ke 45.

Bermula babak kedua perlawanan Usm fc Serta pasukan P.Pinang masing masing melakukan pertukaran pemain. Usm fc mengeluarkan Afzan dan membawa masuk Thinagaran pada minit ke 70 dan pada minit ke 78 , hafiz dbawa masuk bagi menggantikan Fauzan. Minit ke 45 Separuh masa kedua , Gol ke 3 tercipta setelah Mohd Bashier menanduk masuk bola ke dalam gawang P.Pinang melalui hantaran lintang kanan Cantik oleh Mohd Fakhrul radzi Yakob ( Gee ). Gol tersebut sama sekali telah mematahkan semangat pemian pihak lawan untuk mendapatkan gol pernyamaan.Tamat perlawanan Usm Fc 3 – 0 P.Pinang.

Kemenangan mlm ini secara jujurnya mampu menaikkan kembali semangat serta moral para pemain Usm Fc bagi menghadapi perlawanan akan datang. Prestasi juga kualiti Permainan sama sekali perlu digandakan dan Percaturan kreativiti oleh ketua jurulatih S.veloo Amat ditagih. Ayuh , Kejaayaan Mu .. Kebanggaan kami !!