Selasa, 31 Januari 2012

USM FC PUAS BERJAYA PERANGKAP HARIMAU MUDA B .


USM FC VS HARIMAU MUDA B
8.45 MLM ,STD USM P.PINANG
27 JAN 2012 ( JUMAAT ) 

Setelah diikat seri 1 – 1 dengan pasukan MBJB tempoh hari di tempat lawan , USM FC tidak lagi mahu terus kehilangan mata berharga apabila bertemu pasukan muda Harimau Muda B . Nada serta semangat ingin terus berjuang menjadi asset paling berharga buat USM FC apabila bangkit menundukkan  pasukan Harimau Muda B setelah ketinggalan pada awal babak permainan .
 
Setiap kali perlawanan berlansgung , para  pemain pasukan university ini agak “ lambat panas ” apabila wisel permainan mula dibunyikan . Mutu Permainan  yang ditunjukkan oleh anak buah S.Veloo pada setiap babak separuh masa pertama seakan akan tidak menjadi . Bahagian tengah yang diketui oleh Ridzuan Nawi gagal menterjemahkan kualiti permainan yang sepatutnya mereka pamirkan .Pasukan  Harimau Muda bijak memanfaatkan serangan balas yang diatur dan Berjaya mendapatkan gol awal hasil tandukan  kencang Mohd Norhamizaref ( 10 ) pada  minit ke 6 menwaskan penjaga gawang USM FC Al Hafiz hamzah hasil sepakan lintang rakannya di sebelah kanan padang .

Gol tersebut  menjadikan keadaan di mini Std USM P.Pinang sunyi seketika walaupun kehadiran penonton di Stadium pada malam ini sekitar 2000 orang. Seakan tersedar dari lamunan , USM FC kembali memperkemaskan permainan dengan melancarkan serangan yang lebih bertenaga ke kubu pasukan Harimau Muda. Sepakan percuma Fakhrul Radzi Yaakob pada minit ke 12 hampir menghasilkan sesuatu untuk USM FC , namun Penjaga Gol  Ilham Amirullah bijak menepis keluar bola tersebut . USM FC Berjaya mengikat kedudukan pada minit ke 33 setelah Mohd Faizat Ghazli yang  berusia 17 tahun bijak  menyepak masuk bola ke gawang  setelah kesilapan dilakukan oleh penjaga gawang harimau muda B yang gagal menangkap kemas bola sepakan percuma yang diambil oleh Fakhrul radzi yaakob .

Selang 2 minit kemudian , S.Venood bertindak pantas dengan meledakkan gol ke 2 buat USM FC melalui sepakan leret kencang di kiri gawang gol Harimau Muda B setelah beliau memanfaatkan dengan baik bola hantaran lintang dari rakan pasukannya  .  USM FC terus mendahului lawan sehingga tamat Babak pertama perlawanan .

Bersambung babak ke dua permainan , USM FC dilihat lebih bernafsu untuk terus mendapatkan Gol dengan gerakan gerakan berbahaya dilancarkan melalui sayap kanan lincah USM FC Mohd Zulhilmi kea rah kubu Harimau Muda . S.Venood sekali lagi menjaringkan Gol ke Tiga buat pasukannya setelah Mohd Afzan Berjaya melorongkan bola untuknya dan beliau tenang menyepak masuk menewaskan Panjaga gol Harimau muda B. Tiga pertukaran dilakukan selepas itu dimana Mohd Afzan dikeluarkan dengan membawa masuk Elias sulaiman. Ketua Pasukan yang telah mengutip kad kuning juga turut dikeluarkan digantikan dengan Mohd Akmal Mohd Noor. Manakala Khairul Anwar Idris pula dibawa masuk menggantikan Syafiq Safaruddin.Kedudukan 3-1 memihak USM FC sehingga tamat separuh masa kedua.

Permainan yang ditunjukkan oleh USM FC pada separuh masa kedua sebenarnya Nampak lebih tersusun dan serangan  dapat dilakukan dengan baik. Syabas dan juga tahniah  diucapkan buat pemain muda USM FC iaitu Mohd Faizat Ghazli dan juga Mohd Syafiq Safaruddin yang diberi peluang oleh ketua Jurulatih  untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan . Kesungguhan dan keberanian yang ditunjukkan oleh mereka nyata berjaya menambat hati para penyokong USM FC .

Selepas ini ,  USM FC bakal bertemu pasukan yang sedang meningkat naik iaitu Sime Darby di Std.Selayang pada 10/2/2012 nanti . Sama sama kita berdoa agar pasukan USM FC mampu membuat kejutan seterusnya membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam dunia Bolasepak. Ayuh USM FC !! We Lead !!

Kesebalasan Utama USM FC :

Mohd Al Hafiz , Darwira sazan , Syafiq Safaruddin , Mohd Fitri , Fakhrul Radzi Yaakob , Ridzuan Nawi , M.Prakash , Zulhimi Fauzi , S.venood , Mohd Afzan .

Pemain Simpanan :
Azizan Arshad , Elias Sulaiman , Khairul Anwar Idris , Akmal Mohd Noor ,  Zairy Jaafar , Rohaizad Mat Ali , Amirul Asyraf ( GK )

Selasa, 24 Januari 2012

Rabu, 18 Januari 2012

Afzan Bantu USM FC benam Betaria di Bumi Minden


                 Setelah diaibkan oleh PDRM 0 - 2 di Paroi tempoh hari , kejadian yang sama hampir berulang ketika  bertemu pendatang baru liga Perdana iaitu Betaria Fc yang kini dilatih oleh saudara Azuan Zain. Babak pertama perlawanan menyaksikan permainan yang ditunjukkan oleh kedua dua pasukan agak hambar . Bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah padang menyebabkan tiada gerakan atau serangan berbahaya dapat dilakukan oleh kedua dua pasukan.

                Setelah diikat  seri tanpa jarigan pada separuh masa pertama , Betaria menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 55 melalui tandukan Mohd Fauzi yang berjaya menewaskan Al Hafiz Hamzah hasil sepakan percuma yang diambil rakan sepasukan di kiri padang . Keadaan tersebut menggamamkan seketika sorakan para penyokong USM FC yang hadir memberi sokonngan di std Mini USM P.Pinang ini. Gol tersebut muncul ketika USM FC selesai melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan Mohd Fauzan Zainal Abidin dan mengeluarkan Elias sulaiman bagi menambah sengat di bahgaian serangan.

                Pada minit ke 65 , M Prakash pula dikeluarkan oleh USM FC bagi memberi peluang kepada Mohd Akmal mohd Noor untuk beraksi. Kemasukan Afzan nyata membuahkan hasil setelah beliau berjaya mengikat kedudukan 1 sama hasil sepakan leret yang berjaya menerjah ke gawang Betaria pada minit ke 70. Gol tersebut nyata meningkatkan semangat juang rakan sepasukan bagi  mendapatkan gol kemenangan.  Percaturan S.Veloo yang memasukkan afzan pada babak ke 2 perlawanan ternyata membuahkan hasil positif apabila  beliau sekali lagi berjaya menjaringkan gol ke 2 buat pasukannya. 

                Kedudukan tersebut  kekal hingga tamat masa perlawanan sekaligus membolehkan USM FC memungut 3 mata penuh utk berada di kelompok tengah kedudukan liga Perdana. Semoga kemenangan ini berterusan ketika menentang MBJB FC jumaat ini di tempat lawan. Ayuh !! Selamat Berjuang USM FC !! we Lead !!

Kesebelasan utama USM FC 

Al Hafiz , Azizan arshad ,Fakhrul razi , Darwira sazan , Mohd Fitri , Ridzuan nawi , M.Prakash , Elias Sulaiman , S.venood , Zulhilme Fauzi , Baser

Pemain Simpanan :

Rohaizd Mat Ali , Zairy Jaafar , Faizat Ghazli , Adam Abd Malik  , Akmal Mohd Nor , Afzan Zainal Abdin , Abd Hadi ( GK )




Khamis, 12 Januari 2012

LIGA PERDANA MALAYSIA 2012 l PERLAWANAN KEDUA

USM FC Memulakan saingan Liga Perdana 2012 dengan Langkah Kanan


Turun Beraksi tanpa beberapa tonggak utama pada perlawanan bertemu pasukan Pos M'sia agak menggusarkan ketua jurulatih pasukan USM FC. Namun begitu , kemenangan 2-1 ke atas pasukan Pos msia hasil jaringan Mohd Afzan zainal abidin dan Elias sulaiman cukup untuk mengembirakan Pemain , pengurusan serta penyokong pasukan Universiti ini .
 
Separuh masa pertama tempo perlawanan adalahseimbang dimana kedua dua pasukan agak berhati hati dalam melancarkan serangan . Anak buah G.Torairaju seringkali mencemaskan bahagian pertahanan pasukan USM FC yang diketuai oleh Faturazi Rozi di bahagian serangan. Pada minit ke 20 , Pos msia berada di depan hasil gol oleh sepakan percuma cantik yang diambil oleh mohd sani Nawi.

Babak Kedua bersambung , USM FC mengeluarkan Mohd Akmal dan membawa masuk Elias Sulaiman  bagi menambah sengat di bahagian serangan . Kedudukan menjadi 1 - 1 setelah mohd Afzan Zainal Abidin dengan tenang menjaringkan gol melalui sepakan penalti .Minit ke 63 , USM FC memasukkan Mohd Faizat Ghazali yang baru berusia 17 tahun bagi menggantikan ketua pasukan Mohd Ridzuan Nawi yang tercedera setelah dikasari pemain Pos.

Elias sulaiman akhirnya memberikan gol kemenangan pada pasukannya pada minit ke 84 setelah beliau berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang baik menewaskan penjaga gol Pos di bahagian kiri gawang. Keputusan tersebut kekal hingga tamat masa permainan dan sekaligus memberikan 3 mata penting buat pasukan USM FC . Tahniah !! We Lead !!

Kesebelasan Utama USM FC :

Mohd Al Hafiz Hamzah , Fakhrul radzi yaakob , Syazwan kassim , Darwira sazan , Mohd Fitri , M.Prakash , S.venood , Ridzuan Nawi , Zulhilme Fauzi , Akmal Mohd Noor , Afzan Zainal Abidin
Pemain Simpanan :
Mohd Faizat Ghazli , Elias Sulaiman , Adam Abd Malik , Azizan Arshad , Rohaizat Mat Ali , Zairy  Jaafar.

Sabtu, 24 Disember 2011

PEMAIN BARU PASUKAN USM FC BAGI TAHUN 2012


Sudah menjadi lumrah dalam Bola sepak , beberapa pemain USM FC yang dilihat berpotensi  telah dipancing oleh pasukan lain untuk mendapatkan khidmat mereka bagi saingan liga musim hadapan . Antaranya adalah seperti Failee Ghazli ( Perak F.A ), G Jeevanantham ( Selangor ) Dan juga ketua pasukan Mohd Fariz mohd isa ( Sabah ). Namun , kemasukan beberapa pemain baru juga dilihat dapat menambah sengat pasukan USM FC kali ini untuk bertanding  , sekaligus  berupaya mengangkat martabat maruah pasukan USM FC ini dalam arena Bolasepak Malaysia.

Terdapat beberapa pemain baru dari pasukan Luar juga telah Berjaya diikat oleh pasukan USM FC . Antaranya adalah Mohd AL Hafiz Hamzah ( Kedah ), Mohd Fitri Jamaluddin ( Kuala Lumpur ) , Mohd Elias Sulaiman ( Pos Malaysia ) dan S.Venood ( P.Pinang ).

Apa yang lebih membanggakan adalah , USM FC telah membawa masuk 3 orang pemain muda seawal usia 17 tahun. Mereka adalah Mohd Faizat Mohd Ghazli ( SMK Mutiara Impian ) , Mohd Amirul Asyraf Mohd Suhaidi ( SMK Penang Free ) , serta Mohd Shafiq Safaruddin ( SMK Mutiara Impian ).  Mereka ini dipilih kerana mereka  mempunyai Kriteria untuk diserapkan beraksi dalam kejohanan yang lebih tinggi berdasarkan prestasi serta keupayaan yang mereka miliki .
Kami di meja editor mengucapkan syabas dan Selamat Berjuang buat pasukan USM FC dalam mengharungi kempen liga Malaysia 2012 yang bakal bermula nanti !! We Lead !!