Tentang Kami

KELAB PENYOKONG USM FC ditubuhkan sebagai satu usaha untuk menjadi perantara antara pemain dengan peminat dalam menyampaikan info-info tentang skuad USM FC. KELAB PENYOKONG USM FC bertindak dalam menghebahkan tentang aksi perlawanan pasukan USM FC ke arah menarik lebih ramai penyokong ke stadium untuk memberi sokongan dalam menyemarakkan arena bola sepak tanah air...

Kini, KELAB PENYOKONG USM FC dikendalikan oleh dua orang anak muda yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan daripada Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh saudara Mohd Ikhwan dan dibantu oleh saudara Farzli Adenan.

Kami berharap, usaha penubuhan dan perjalanan KELAB PENYOKONG USM FC akan lancar demi pembanguan bola sepak USM khususnya dan bola sepak negara amnya.


Jika ada sebarang maklumat,cadangan dan komen, sila e-mel kami: 
kelabpenyokongusmfc@gmail.com


jasa baik anda amat kami hargai.