KELAB PENYOKONG USM FC ditubuhkan sebagai satu usaha untuk menjadi perantara antara pemain dengan peminat dalam menyampaikan info-info tentang skuad USM FC. KELAB PENYOKONG USM FC bertindak dalam menghebahkan tentang aksi perlawanan pasukan USM FC ke arah menarik lebih ramai penyokong ke stadium untuk memberi sokongan dalam menyemarakkan arena bola sepak tanah air...
Kini, KELAB PENYOKONG USM FC dikendalikan oleh dua orang anak muda yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan daripada Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh saudara Mohd Ikhwan dan dibantu oleh saudara Farzli Adenan.