Khamis, 24 Februari 2011

USM FC tewas kali kedua dalam liga







penjaga gol : jeevanathan
pertahanan: farez,shahril,shariman,zairi
tengah: rizuan nawi, fakhrul radzi, akmal, fauzan
serang : afzan,failee

Hujan lebat turun di bumi USM mengiringi perlawanan tunggal liga perdana anatara USM FC menentang PKNS FC malam tadi. USM FC menaruh hasrat untuk meleburkan rekod tanpa kalah PKNS selaku pendahulu liga perdana. Corak permainan USM FC dilihat sedikit terganggu dan kurang tersusun dek kerana padang yang basah dan pergerakan bola yang licin. Namun minit ke 2 perlawanan,gerakan solo Failee dengan membuat hantaran lintang berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol PKNS.

Skrip babak pertama dihiasi dengan permainan yang perlahan sebaliknya PKNS yang dilihat mendominasi perlawanan. minit 15, PKNS nyaris-nyaris di depan namun cubaan pemainnya berjaya diselamatkan Jeeva. USM FC sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada minit 37 apabila Failee dijatuhkan namun pengadil perlawanan meneruskan permainan.

separuh masa kedua permainan dilihat agak lancar kerana hujan sudah reda. Minit 59 Thinagaran dimasukkan untuk menggantikan Fauzan dan 6 minit berselang Baser masuk untuk menggantikan Afzan. Minit 70,gawang USM cemas apabila sepakan percuma PKNS hampir-hampir menerjah jaring,namun ketangkasan Jeeva telah menyelamatkan keadaan. Baru 2 minit USM FC menarik nafas lega, nerpunca daripada satu tendangan sudut lalu berlaku situasi kelam kabut dalam kotak penalti USM FC, pemain PKNS melepaskan tendangan lalu terkena pemain USM FC iaitu Akmal untuk memastikan tercatatnya gol tunggal perlawanan.

Kemasukan Manzoor pada minit ke 85 menggantikan Fakhrul Radzi sedikit membuahkan bibit-bibit serangan namun keputusan kekal USM FC 0 - PKNS FC 1. Perlawanan seterusnya akan mempertemukan pasukan adik abang iaitu USM FC menentang Pulau Pinang di Stadium USM pada Isnin ini jam 8.45 malam. KEKALAHAN bukan bererti USM FC mengalah tetapi azimat akan berlakunya kebangkitan. WE LEAD...

Rabu, 23 Februari 2011

Sejarah lama berulang lagi...





Penjaga gol : Jeevanathan.

Pertahanan :Farez,Shariman,Fahmi,Shahril.

Tengah : Fakrul radzi,Akmal,Kamal,Fauzan

Serang : Afzan,Failee

Pentas Piala FA membuka tirai dengan perlawanan pusingan pertama berlangsung malam tadi. Perlawanan tahun lalu sekali lagi berulang apabila USM FC dijadualkan bertemu skuad Terengganu. Walaupun tahun lalu USM FC “di ratah” oleh skuad Penyu itu,namun USM FC kali ini tampil dengan misi menebus kehampaan.

Terengganu yang diperkuatkan dengan beberapa pemain ternama mereka seperti Manaf Mamat,Ashaari dan Marzuki Yusof tampak serius dalam aksi di stadium USM malam tadi. Usaha mereka berhasil pada minit ke 25 apabila gawang USM FC bolos hasil jaringan Zaharin. Rentak USM FC sedikit gugup dan tidak begitu rapi di babak pertama. Kealpaan pertahanan USM FC dihukum lagi pada minit-minit akhir babak pertama apabila Ashaari meletakkan Terengganu selesa mendahului USM FC dengan 2-0.

Bersambung babak kedua, corak permainan USM FC tampak lebih menarik dan sentiasa melakukan banyak serangan kea rah pintu gol pasukan Terengganu. Kemasukan Rizuan Nawi dan Baser hakikatnya sedikit menajamkan jentera serangan USM FC. Hasilnya, minit 70, Baser merapatkan kedudukan dengan jaringannya bagi memastikan kedudukan 1-2. Keghairahan USM FC mencari gol jelas terpancar dengan serangan yang bertalu-talu,namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.

Tamat perlawanan, USM FC 1 – Terengganu 2. Walaupun tewas,keazaman yang tinggi sebenarnya menjadi azimat dan amaran kepada pasukan berstatus elit seperti Terengganu bahawa USM FC bukanlah pasukan belasahan kali ini.

Khamis, 17 Februari 2011

USM FC Gagal membawa pulang mata ke bumi Minden






Berbekalkan semangat serta iltizam yang tinggi , Skuad USM FC bertolak awal ke Selayang bagi membolehkan mereka merasai aura game away di lembah Klang. Tiba hari perlawanan , USM FC menurunkan skuad utama yang terdiri daripada Basier , Failee , Thina , Hazrul hakim ( alang ) , Ridzuan nawi , Hafiz , Farez Azlan , Shariman che omar , Zairy jaafar , Shahril sidek serta penjaga gol utama , jeevanatham.

Bertandang di Stadium Selayang yang dipenuhi ratusan penyokong setia ATM , Sama sekali tidak menggetarkan semangat serta perjuangan para pemain USM FC . USM FC nyaris nyaris dihukum gol awal apabila sepakan percuma ATM pada minit ke 7 seakan akan menembusi gawang gol USM apabila bola lambung sepakan percuma ditanduk oleh salah seorang pemain atm yg tidak dikawal. Namun begitu , bola keluar di tepi gawang. USM sekali skala mengasak kubu ATM hasil gerakan Ridzuan Nawi pada minit ke 11, tapi sepakannya agak Lemah. ATM bertindak garang selepas itu, ATM melepasi perangkap offsde pada minit 16 , mujurlah Jeeva tangkas menyelamatkan bola yg berada dalam kawalan pemain ATM pada waktu itu.Pemain ATM berjersi No. 7 dihadiahkan kad kuning oleh pengadil perlawanan pada minit 22 apabila beliau berulang kali membantah keputusan pengadil perlawanan. Shariman che omar yg cuba melarikan bola dari kawasan kiri padang telah Berjaya melepasi kawalan 3 pemain ATM tetapi akhirnya bola sangkut akibat diasak pemain ATM.

Minit ke 28 , ATM dengan tidak semena menanya telah dihadiahkan sepakan penalty oleh pengadil perlawanan setelah bola lambung sepakan pemain atm dikatakan terkena tangan salah seorang pemain USM FC setelah keadaan kelam kabut berlaku akibat pergelutan bola tinggi. ATM telah Berjaya menjaringkan gol penalty dan Berjaya mngatasi USM FC pada separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa ke 2 , USM FC pantas medapatkan jaringan penyamaan melaui sepakan cantik S.Thinagaran pada minit 48 perlawanan akibat kesilapan menghantar bola oleh pemain ATM . Gol tersebut nyata telah menyemarakkan kembali semangat para pemain USM FC yg nyata bangkit penuh bertenaga selepas itu . Manzoor Azwira dibawa masuk bagi menggantikan Hazrul hakim pada minit ke 52 perlawanan. Tempo perlawanan selepas itu agak menarik dimana serangan dilancarkan oleh keda dua pasukan. Minit 24 , USM FC membuat pertukaran kedua dimana Afzan ( adik ) dibawa masuk bagi menggantikan Thingaran untuk menggandakan asakan dibahagian atas. USM FC dihukum gol lewat oleh ATM pada minit ke 80 setelah sepakan leret Pemain atm dengan mudah melintasi garisan kiri gol USM FC . USM FC cuba bangkit dengan asakan bertali arus dari kiri dan kanan padang, tetapi gagal membuahkan hasil sekurang kurangnya untuk mengikat jaringan gol . Tamat perlawanan ATM 2 -1 USM FC.

Ahad, 13 Februari 2011

SDM Navy buat USM FC “berpeluh” Sebelum USM FC Menang






Kesebelasan yang diturunkan :

Penjaga gol : Jeevanathan

Pertahanan : Farez, Zairy, Shariman, Shahril

Tengah : Rizuan Nawi, Hazrul, Hafiz, Fauzan

Penyerang : Afzan, Failee

Bertandang ke Stadium Batu Kawan selaku pasukan pelawat menetang SDM Navy, USM FC merasakan seolah-olah beraksi di laman sendiri kerana masih beraksi di negeri Pulau Pinang. USM FC yang masih segar dengan kemenangan tipis ke atas PDRM pada perlawanan pembukaan bertekad untuk mencari kemenangan kedua bertuturt-tururt.

Minit ke 10, USM FC hampir di depan, namun ketangkasan penjaga gol SDM Navy keluar lebih awal untuk menyelamatkan sepakan Afzan. SDM Navy turut mencemaskan kubu USM FC pasa minit ke 12 namun ketangkasan Jeeva menafikan gol untuk SDM Navy. Corak perlawaan agak perlahan dan kedua-dua pasukan tidak mempamerkan aksi yang sebenar kerana diiringi dengan hujan yang cukup lebat dan tiupan angin yang kuat. Minit ke 21, USM FC tersentak apabila kealpaan banteng pertahanan dihukum dengan jaringan oleh SDM Navy apabila bola lintang disudahkan dengan tendangan tepat menerjah jaring gol USM FC. Babak pertama juga menyaksikan dua orang pemain SDM Navy dilayangkan kad kuning dan seorang pemain USM FC iaitu Hafiz turut menerima kad kuning. Di penghujung babak pertama, USM FC memasukkan Bashir dengan menggantikan Afzan bagi memantapkan jentera serangan USM FC.

Bersambung babak kedua, corak perlawanan dilihat lebih bertenaga apabila USM FC melancarkan serangan menerusi Bashir. Keghairahan USM FC menyerang hampir membawa padah apabila SDM Navy melancarkan serangan kilat namun cubaan SDM Navy Berjaya diselamatkan oleh Jeeva. Minit ketujuh, hasil hantaran lintang oleh Failee, Bashir menanduk untuk mengikat kedudukan 1-1. Kegembiraan USM FC hanya bertahan selama 2 minit apabila SDM Navy sekali lagi mendahului dengan sepakan leret yang kencang bagi menewaskan Jeeva buat kali kedua.

Perlawanan makin menarik apabila minit ke 9, hasil permainan satu dua antara Hazrul dengan Fauzan, Fauzan melepaskan tendangan yang padu bagi menyamakan kedudukan. Minit ke 16 sepatutnya USM FC didepan apabila jaringan Failee didakwa telah berda dalam posisi offside. Minit ke 20, Hazrul digantikan dengan Manzoor bagi mengemudi jentera tengah. 4 minit kemudian, Fauzan pula digantikan dengan Tina. Jentera serangan USM FC tidak putus-putus melancarkan serangan namun masih buntu mencari gol. Minit ke 44, perlawanan yang seolah-olah akan tamat dengan keputusan seri berubah dengan jaringan apabial sepakan percuma oleh Manzoor gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol SDM Navy lalu memebri ruang kepada Failee untuk menolak mudah bola muntah tersebut. Tamat perlawanan, SDM Navy 2 – USM FC 3.

Dengan kemenangan tersebut,USM FC berkongsi tangga satu dua dalam carta Liga Perdana dengan PKNS dengan mengumpul 6 mata. Perlawanan USM FC seterusnya ialah pada 14 Februari (Isnin) di Stadium Selayang apabila dijadual menentang ATM. Semoga USM FC terus mengekalkan momentum kemenangan. Ayuh USM FC, Go Go Go

Ahad, 6 Februari 2011

USM FC Perit Sebelum menang






Perlawanan pertama bertemu PDRM , USM FC telah membariskan pemain pemain utamanya bagi bertemu PDRM Yg dibimbing oleh Thaiyanathan . Di bahagian pejaga gawang , Jeevanatham iaitu bekas pemain Johor fc diberi Kepercayaan sebagai penjaga gawang utama. Mohd Fariss azlan selaku kapten pasukan USM FC bersama Shariman che omar , Zairy Jaafar serta Shahril sidek bertindak sebagai pertahanan kental USM FC .Sementara itu , Ridzuan Nawi ,Hazrul Shah , Kamal Azira serta Mohd Fauzan ( abg ) bertindak sebagai midfielder yang membantu bahagian serangan usm fc yang diketuai oleh Mohd Failee ghazli serta Mohd Afzan ( adik ).

Mohd Afif Aminudin selaku kapten PDRM yang juga bekas pemain Kedah dilihat banyak memainkan peranan general dibagian tengah padang yang bersaing dengan ridzuan nawi. Awal babak pertama USM FC sering melancarkan serangan kea rah gol PDRM melalui bahagian tepi padang.Serangan demi serangan yang dilancarkan telah membuahkan hasil pada minit ke 10 setelah gol keramat dijaringkan oleh mohd Afzan Zainal Abidin melalui gerakan 1-2 bersama Failee Ghazli.

Pada minit 23 , Afzan sekali lagi mndapat peluang tetapi disia siakan oleh beliau. USM FC mendapat sepakan percuma pada minit 30 setelah ridzuan nawi dikasari oleh Afif aminudin.15 minit terakhir separuh masa pertama kubu USM FC diasak teruk oleh PDRM mengakibatkan kubu pertahan USM FC diasak teruk.minit ke 38 USM FC membuat pertukaran pertama , kamal azira dibawa keluar dan digantikan oleh Thinagaran.

Separuh masa kedua bermula, PDRM telah melancarkan asakan demi asakan ke arah gawang USM FC . namun ketangkasan Jeeva banyak menafikan percubaan PDRM . USM FC seakan akan hilang punca pada separuh masa kedua. PDRM membuat gerakan silih ganti dari bahagain kiri dan kanan bagi merobek gawang USM FC . Penguasaan USM FC di bahagian tengah agak ketara berbanding separuh maa Pertama . Mohd Fakrul Razi dibawa masuk bagi menggantikan Hazrul shah manakala Penjaring gol Usm Fc Mohd Afzan dibawa keluar bagi memberi ruang kepada Mohd Bashier untuk memporak perandakan kembali Kubu PDRM. USM FC seolah olah kaku melihat gerakan yang dilancarkan oleh pasukan PDRM .Kredit patut diberikan kepada Pertahanan USM FC yang ampuh mngekang asakan bertalu talu PDRM . pengadil meniupkan wisel penamat dan membolehkan USM FC mendapat 3 mata penuh yang amat perit pada mlm ini.

Terima kasih buat para penyokog USM FC yang memenuhi segenap ruang Mini Std. USM P.Pinang pada mlm ini. Kami di meja editor percaya akan kebangkitan yang bakal ditunjukkan USM FC pabila bertemu P.Pinang 11.2.11 nanti di Std. Batu Kawan. Ayuh !! Teruskan sokongan anda buat USM FC !! We Lead !!