Sabtu, 24 Disember 2011

PEMAIN BARU PASUKAN USM FC BAGI TAHUN 2012


Sudah menjadi lumrah dalam Bola sepak , beberapa pemain USM FC yang dilihat berpotensi  telah dipancing oleh pasukan lain untuk mendapatkan khidmat mereka bagi saingan liga musim hadapan . Antaranya adalah seperti Failee Ghazli ( Perak F.A ), G Jeevanantham ( Selangor ) Dan juga ketua pasukan Mohd Fariz mohd isa ( Sabah ). Namun , kemasukan beberapa pemain baru juga dilihat dapat menambah sengat pasukan USM FC kali ini untuk bertanding  , sekaligus  berupaya mengangkat martabat maruah pasukan USM FC ini dalam arena Bolasepak Malaysia.

Terdapat beberapa pemain baru dari pasukan Luar juga telah Berjaya diikat oleh pasukan USM FC . Antaranya adalah Mohd AL Hafiz Hamzah ( Kedah ), Mohd Fitri Jamaluddin ( Kuala Lumpur ) , Mohd Elias Sulaiman ( Pos Malaysia ) dan S.Venood ( P.Pinang ).

Apa yang lebih membanggakan adalah , USM FC telah membawa masuk 3 orang pemain muda seawal usia 17 tahun. Mereka adalah Mohd Faizat Mohd Ghazli ( SMK Mutiara Impian ) , Mohd Amirul Asyraf Mohd Suhaidi ( SMK Penang Free ) , serta Mohd Shafiq Safaruddin ( SMK Mutiara Impian ).  Mereka ini dipilih kerana mereka  mempunyai Kriteria untuk diserapkan beraksi dalam kejohanan yang lebih tinggi berdasarkan prestasi serta keupayaan yang mereka miliki .
Kami di meja editor mengucapkan syabas dan Selamat Berjuang buat pasukan USM FC dalam mengharungi kempen liga Malaysia 2012 yang bakal bermula nanti !! We Lead !!

USM FC 2012

Berbekalkan semangat serta iltizam yang tinggi dalam kalangan pengurusan USM FC , Pasukan USM FC sah akan menyertai saingan Liga Malaysia pada tahun 2012 . Sebuah pasukan  Bertaraf kelab  yang  sebelum ini dikhabarkan akan menarik diri pada saingan Liga Malaysia tahun 2012 atas hal hal tertentu kini telah menyusun strategi bagi memberi cabaran yang lebih ampuh untuk edisi tahun 2012 khusunya dalam  saingan Liga Perdana Malaysia.

Pada awal jendela penghijrahan para pemain dibuka , USM FC tidak berbelanja besar untuk merekrut pemain pemain  baru . Malah , pada musim 2011 sewaktu liga berlangsung sebenarnya tidak ramai yang memberi perhatian terhadap kredibiliti pasukan universiti ini. Hal ini memandangkan pasukan USM FC hanya menggunakan tenaga muda yang digabungkan dengan beberapa pemain berpengalaman sahaja . Tetapi , Alhamdulillah, Nama nama yang sedang meningkat naik seperti Mohd Failee Ghazli , Mohd Ridzuan Nawi , Mohd Fariz Mat Isa serta Mohd Akmal Mohd Noor telah pon dipinjam oleh beberapa pasukan luar sewaktu khidmat mereka diperlukan sewaktu kempen Piala Malaysia berlangsung.

S.Veloo masih lagi diberi Kepercayaan untuk terus membimbing pasukan  USM FC  sebagai ketua jurulatih , dibantu oleh Saudara Azhar Abd Rahman serta Manzoor Azwira Abd Wahid. Menurut Pengurus pasukan iaitu saudara Azizudin Mohd Sharif , Beliau percaya pasukan USM FC akan memberi saingan  yang lebih kompetitif bagi saingan liga pada kali ini sekiranya semua pihak yang terlibat  memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi pada pasukan dan bukannya sekadar ingin  menjadi penumpang  semasa saingan Liga Perdana berlangsung kelak .

Penglibatan sebuah pasukan Kelab Bola Sepak Staf Universiti Sains Malaysia wajar diberi penghormatan kerana telah menunjukkan hasil yang membanggakan . Ramai pemain muda berjaya dibentuk bagi melahirkan pemain  pelapis yang berkualiti dan berdaya saing dalam arena Bolasepak Malaysia. We Lead!