Selasa, 18 Januari 2011

RED WARRIOR TUMBANG DI BUMI USM








Gelaran penyandang juara Piala Malaysia 2010 bukanlah satu tiket untuk menjamin kemenangan pasukan Kelantan untuk musim 2011 apabila dimalukan pasukan USM FC pada aksi perlawanan persahabatan malam tadi yang menyaksikan pasukan Kelantan tumbang 0-1 hasil jaringan saudara Basher pada minit 45 permainan. Saudara Bashir yang dilihat pada mulanya seperti mengalami kecederaan akhirnya menutup mulut sorakan penyokong setia skuad cik siti wan kembang dengan rembatan kencang lalu menewaskan penjaga gol Kelantan yang juga merupakan penjaga gawang skuad Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

USM FC dan Kelantan yang mempertaruhkan skuad terbaik dalam kesebelasan utama membuktikan bahawa perlawanan pada malam tadi tidak dipandang rendah walaupun ianya hanya sekadar perlawanan persahabatan. USM FC dilihat seolah-olah gugup pada aksi separuh masa pertama kerana sering membiarkan pasukan Kelantan. Mungkin dek kerana terlalu memandang tinggi status pasukan lawan, USM FC diasak bertalu-talu oleh penyerang Kelantan tang diketuai oleh Nor Shahrul Idlan Talaha. Pintu gol USM FC cemas pada minit ke 22 perlawanan selepas rembatan kencang penyerang gagal ditangkap kemas oleh Jeevanathan lalu singgah di tiang gol USM FC disusuli dengan cubaan Norshahrul pada minit ke 26 apabila cubaannya hanya sedikit melepasi palang gol.

Separuh masa kedua bermula menyaksikan pasukan Kelantan membuat pertukaran dengan kesebelasan yang baru termasuk menggantikan penjaga gawang mereka iaitu Khairul Fahmi digantikan dengan Halim Napee. USM FC juga membuat pertuakaran semua pemain secara berperingkat bermula dengan memasukkan penjaga gol, Mohd Hisham menggantikan Jeeva. Namun,rentak permainan masih berada pada tahap yang sama walaupun kadang kala USM FC turut melakukan serangan ke arah pintu gol pasukan lawan. Minit 24 seolah-olah USM FC menambah gol menerusi rembatan kencang Failee namun rembatan tersebut hanya menerjah jarring sisi gawang pasukan Kelantan. Pada minit ke 30, Halim Napee sibuk di gawangnya apabila menyelamatkan cubaan menarik daripada Thinagaran.

Pada minit 32, semua penyokong bersorak apabila sepakan percuma Kelantan yang cantik Berjaya diselamatkan oleh penjaga gol USM FC iaitu Hisham dan disusuli menyelamatkan tandukan Kelantan penyerang Kelantan pada minit ke 36. Namun, sebelum itu pemain gentian USM FC iaitu Rohaizad dilayang kad kuning apabila menerjah pemain pasukan Kelantan pada minit 32. Tamat perlawanan. Keputusan 1-0 berlanjutan sehingga tamat 90 minit perlawanan.

Menurut penjaga gol USM FC, beliau menyifatkan perlawanan pada malam tadi cukup bermakna kepada pasukan kerana dapat menimba pengalaman yang berharga. Hisyam berpendapat permainan ketika menetang pasukan T-Team lebih “tough” mungkin kerana corak permainan USM FC lebih tersusun ketika itu, namun Hisyam memuji semangat juang rakan sepasukan sehingga mampu mengalahkan pasukan Kelantan.

Nada tersebut juga disuarakan pengendali USM FC, coach Veloo. Beliau menyifatkan perlawanan menentang Kelantan tidak sebaik berbanding USM FC menetang pasukan T-Team, namun coach yakin, “winning mentality” yang diterapkan menyebabkan pasukan bersedia menghadapi pasukan lawan di atas padang. Pada hari Sabtu, 22 Januari, USM FC akan bertandang ke Stadium Darul Aman untuk bertemu Kedah dalam siri perlawanan persahabatan seterusnya. Kedah sebelum ini menewakan Kelantan pada perlawanan persahabatan pada hari Sabtu yang lalu dengan jaringan 1-0. Coach Veloo berpendapat pertembungan dengan Kedah ibarat “buku bertemu ruas” kerana “local derby game” tersebut cukup signifikan kepada kedua-dua pasukan. Coach masih mengharapkan jentera serangan USM FC diteruskan dengan kekuatan bahagian pemain “flanker” yang lincah seperti Kamal,Failee,Thina dan Hafiz. Coach turut memuji Ketua Pasukan USM FC iaitu Farez yang tenang mengawal benteng pertahanan USM FC dengan cukup baik sekali.

Persoalannya disini, adakah rentak kemenangan pasukan USM FC dalam siri perlawanan persahabatan akan dileburkan oleh pasukan Kedah atau Kedah akan menjadi mangsa seterusnya kerana USM FC sudah pasti mahu menambah luka Kedah yang tewas 0-3 di tangan Perak pada perlawanan persahabatan di Ipoh pada hari ini (18 Januari).

Dari penulis, harapan semoga USM FC terus meningkatkan prestasi dan mengekalkan momentum kemenangan. Kita jumpa lagi.. Darul Aman............ nantikan kedatangan kami....

2 ulasan: