Sabtu, 24 Disember 2011

USM FC 2012

Berbekalkan semangat serta iltizam yang tinggi dalam kalangan pengurusan USM FC , Pasukan USM FC sah akan menyertai saingan Liga Malaysia pada tahun 2012 . Sebuah pasukan  Bertaraf kelab  yang  sebelum ini dikhabarkan akan menarik diri pada saingan Liga Malaysia tahun 2012 atas hal hal tertentu kini telah menyusun strategi bagi memberi cabaran yang lebih ampuh untuk edisi tahun 2012 khusunya dalam  saingan Liga Perdana Malaysia.

Pada awal jendela penghijrahan para pemain dibuka , USM FC tidak berbelanja besar untuk merekrut pemain pemain  baru . Malah , pada musim 2011 sewaktu liga berlangsung sebenarnya tidak ramai yang memberi perhatian terhadap kredibiliti pasukan universiti ini. Hal ini memandangkan pasukan USM FC hanya menggunakan tenaga muda yang digabungkan dengan beberapa pemain berpengalaman sahaja . Tetapi , Alhamdulillah, Nama nama yang sedang meningkat naik seperti Mohd Failee Ghazli , Mohd Ridzuan Nawi , Mohd Fariz Mat Isa serta Mohd Akmal Mohd Noor telah pon dipinjam oleh beberapa pasukan luar sewaktu khidmat mereka diperlukan sewaktu kempen Piala Malaysia berlangsung.

S.Veloo masih lagi diberi Kepercayaan untuk terus membimbing pasukan  USM FC  sebagai ketua jurulatih , dibantu oleh Saudara Azhar Abd Rahman serta Manzoor Azwira Abd Wahid. Menurut Pengurus pasukan iaitu saudara Azizudin Mohd Sharif , Beliau percaya pasukan USM FC akan memberi saingan  yang lebih kompetitif bagi saingan liga pada kali ini sekiranya semua pihak yang terlibat  memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi pada pasukan dan bukannya sekadar ingin  menjadi penumpang  semasa saingan Liga Perdana berlangsung kelak .

Penglibatan sebuah pasukan Kelab Bola Sepak Staf Universiti Sains Malaysia wajar diberi penghormatan kerana telah menunjukkan hasil yang membanggakan . Ramai pemain muda berjaya dibentuk bagi melahirkan pemain  pelapis yang berkualiti dan berdaya saing dalam arena Bolasepak Malaysia. We Lead!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan