Setelah diaibkan oleh PDRM 0 - 2 di Paroi
tempoh hari , kejadian yang sama hampir berulang ketika bertemu pendatang baru liga Perdana iaitu
Betaria Fc yang kini dilatih oleh saudara Azuan Zain. Babak pertama perlawanan
menyaksikan permainan yang ditunjukkan oleh kedua dua pasukan agak hambar .
Bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah padang menyebabkan tiada gerakan
atau serangan berbahaya dapat dilakukan oleh kedua dua pasukan.
Setelah
diikat seri tanpa jarigan pada separuh
masa pertama , Betaria menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 55 melalui
tandukan Mohd Fauzi yang berjaya menewaskan Al Hafiz Hamzah hasil sepakan
percuma yang diambil rakan sepasukan di kiri padang . Keadaan tersebut menggamamkan
seketika sorakan para penyokong USM FC yang hadir memberi sokonngan di std Mini
USM P.Pinang ini. Gol tersebut muncul ketika USM FC selesai melakukan
pertukaran pertama dengan memasukkan Mohd Fauzan Zainal Abidin dan mengeluarkan
Elias sulaiman bagi menambah sengat di bahgaian serangan.
Pada
minit ke 65 , M Prakash pula dikeluarkan oleh USM FC bagi memberi peluang
kepada Mohd Akmal mohd Noor untuk beraksi. Kemasukan Afzan nyata membuahkan
hasil setelah beliau berjaya mengikat kedudukan 1 sama hasil sepakan leret yang
berjaya menerjah ke gawang Betaria pada minit ke 70. Gol tersebut nyata
meningkatkan semangat juang rakan sepasukan bagi mendapatkan gol kemenangan. Percaturan S.Veloo yang memasukkan afzan pada
babak ke 2 perlawanan ternyata membuahkan hasil positif apabila beliau sekali lagi berjaya menjaringkan gol
ke 2 buat pasukannya.
Kedudukan tersebut kekal hingga tamat masa perlawanan sekaligus
membolehkan USM FC memungut 3 mata penuh utk berada di kelompok tengah
kedudukan liga Perdana. Semoga kemenangan ini berterusan ketika menentang MBJB
FC jumaat ini di tempat lawan. Ayuh !! Selamat Berjuang USM FC !! we Lead !!
Kesebelasan utama USM FC
Al Hafiz , Azizan arshad ,Fakhrul razi ,
Darwira sazan , Mohd Fitri , Ridzuan nawi , M.Prakash , Elias Sulaiman ,
S.venood , Zulhilme Fauzi , Baser
Pemain Simpanan :
Rohaizd Mat Ali , Zairy Jaafar , Faizat
Ghazli , Adam Abd Malik , Akmal Mohd Nor
, Afzan Zainal Abdin , Abd Hadi ( GK )
great fighting spirit especially in the second half. hope we manage to get at least one point in Muar..good luck
BalasPadamSr Dr. Md Azree: Thanks Sr Dr. Md Azree. Hopefully, USM FC will win and win again in this season. We can do it. InsyaAllah. Keep support Usm FC
BalasPadam