Turun Beraksi tanpa beberapa tonggak utama pada perlawanan bertemu pasukan Pos M'sia agak menggusarkan ketua jurulatih pasukan USM FC. Namun begitu , kemenangan 2-1 ke atas pasukan Pos msia hasil jaringan Mohd Afzan zainal abidin dan Elias sulaiman cukup untuk mengembirakan Pemain , pengurusan serta penyokong pasukan Universiti ini .
Separuh masa pertama tempo perlawanan
adalahseimbang dimana kedua dua pasukan agak berhati hati dalam melancarkan
serangan . Anak buah G.Torairaju seringkali mencemaskan bahagian pertahanan
pasukan USM FC yang diketuai oleh Faturazi Rozi di bahagian serangan. Pada
minit ke 20 , Pos msia berada di depan hasil gol oleh sepakan percuma cantik
yang diambil oleh mohd sani Nawi.
Babak Kedua bersambung , USM FC
mengeluarkan Mohd Akmal dan membawa masuk Elias Sulaiman bagi menambah sengat di bahagian serangan .
Kedudukan menjadi 1 - 1 setelah mohd Afzan Zainal Abidin dengan tenang
menjaringkan gol melalui sepakan penalti .Minit ke 63 , USM FC memasukkan Mohd
Faizat Ghazali yang baru berusia 17 tahun bagi menggantikan ketua pasukan Mohd
Ridzuan Nawi yang tercedera setelah dikasari pemain Pos.
Elias sulaiman akhirnya memberikan gol
kemenangan pada pasukannya pada minit ke 84 setelah beliau berjaya menjaringkan
gol melalui sepakan percuma yang baik menewaskan penjaga gol Pos di bahagian
kiri gawang. Keputusan tersebut kekal hingga tamat masa permainan dan sekaligus
memberikan 3 mata penting buat pasukan USM FC . Tahniah !! We Lead !!
Kesebelasan Utama USM FC :
Mohd Al Hafiz Hamzah , Fakhrul radzi yaakob
, Syazwan kassim , Darwira sazan , Mohd Fitri , M.Prakash , S.venood , Ridzuan
Nawi , Zulhilme Fauzi , Akmal Mohd Noor , Afzan Zainal Abidin
Pemain Simpanan :
Mohd Faizat Ghazli , Elias Sulaiman , Adam
Abd Malik , Azizan Arshad , Rohaizat Mat Ali , Zairy Jaafar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan