Selasa, 31 Januari 2012

USM FC PUAS BERJAYA PERANGKAP HARIMAU MUDA B .


USM FC VS HARIMAU MUDA B
8.45 MLM ,STD USM P.PINANG
27 JAN 2012 ( JUMAAT ) 

Setelah diikat seri 1 – 1 dengan pasukan MBJB tempoh hari di tempat lawan , USM FC tidak lagi mahu terus kehilangan mata berharga apabila bertemu pasukan muda Harimau Muda B . Nada serta semangat ingin terus berjuang menjadi asset paling berharga buat USM FC apabila bangkit menundukkan  pasukan Harimau Muda B setelah ketinggalan pada awal babak permainan .
 
Setiap kali perlawanan berlansgung , para  pemain pasukan university ini agak “ lambat panas ” apabila wisel permainan mula dibunyikan . Mutu Permainan  yang ditunjukkan oleh anak buah S.Veloo pada setiap babak separuh masa pertama seakan akan tidak menjadi . Bahagian tengah yang diketui oleh Ridzuan Nawi gagal menterjemahkan kualiti permainan yang sepatutnya mereka pamirkan .Pasukan  Harimau Muda bijak memanfaatkan serangan balas yang diatur dan Berjaya mendapatkan gol awal hasil tandukan  kencang Mohd Norhamizaref ( 10 ) pada  minit ke 6 menwaskan penjaga gawang USM FC Al Hafiz hamzah hasil sepakan lintang rakannya di sebelah kanan padang .

Gol tersebut  menjadikan keadaan di mini Std USM P.Pinang sunyi seketika walaupun kehadiran penonton di Stadium pada malam ini sekitar 2000 orang. Seakan tersedar dari lamunan , USM FC kembali memperkemaskan permainan dengan melancarkan serangan yang lebih bertenaga ke kubu pasukan Harimau Muda. Sepakan percuma Fakhrul Radzi Yaakob pada minit ke 12 hampir menghasilkan sesuatu untuk USM FC , namun Penjaga Gol  Ilham Amirullah bijak menepis keluar bola tersebut . USM FC Berjaya mengikat kedudukan pada minit ke 33 setelah Mohd Faizat Ghazli yang  berusia 17 tahun bijak  menyepak masuk bola ke gawang  setelah kesilapan dilakukan oleh penjaga gawang harimau muda B yang gagal menangkap kemas bola sepakan percuma yang diambil oleh Fakhrul radzi yaakob .

Selang 2 minit kemudian , S.Venood bertindak pantas dengan meledakkan gol ke 2 buat USM FC melalui sepakan leret kencang di kiri gawang gol Harimau Muda B setelah beliau memanfaatkan dengan baik bola hantaran lintang dari rakan pasukannya  .  USM FC terus mendahului lawan sehingga tamat Babak pertama perlawanan .

Bersambung babak ke dua permainan , USM FC dilihat lebih bernafsu untuk terus mendapatkan Gol dengan gerakan gerakan berbahaya dilancarkan melalui sayap kanan lincah USM FC Mohd Zulhilmi kea rah kubu Harimau Muda . S.Venood sekali lagi menjaringkan Gol ke Tiga buat pasukannya setelah Mohd Afzan Berjaya melorongkan bola untuknya dan beliau tenang menyepak masuk menewaskan Panjaga gol Harimau muda B. Tiga pertukaran dilakukan selepas itu dimana Mohd Afzan dikeluarkan dengan membawa masuk Elias sulaiman. Ketua Pasukan yang telah mengutip kad kuning juga turut dikeluarkan digantikan dengan Mohd Akmal Mohd Noor. Manakala Khairul Anwar Idris pula dibawa masuk menggantikan Syafiq Safaruddin.Kedudukan 3-1 memihak USM FC sehingga tamat separuh masa kedua.

Permainan yang ditunjukkan oleh USM FC pada separuh masa kedua sebenarnya Nampak lebih tersusun dan serangan  dapat dilakukan dengan baik. Syabas dan juga tahniah  diucapkan buat pemain muda USM FC iaitu Mohd Faizat Ghazli dan juga Mohd Syafiq Safaruddin yang diberi peluang oleh ketua Jurulatih  untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan . Kesungguhan dan keberanian yang ditunjukkan oleh mereka nyata berjaya menambat hati para penyokong USM FC .

Selepas ini ,  USM FC bakal bertemu pasukan yang sedang meningkat naik iaitu Sime Darby di Std.Selayang pada 10/2/2012 nanti . Sama sama kita berdoa agar pasukan USM FC mampu membuat kejutan seterusnya membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam dunia Bolasepak. Ayuh USM FC !! We Lead !!

Kesebalasan Utama USM FC :

Mohd Al Hafiz , Darwira sazan , Syafiq Safaruddin , Mohd Fitri , Fakhrul Radzi Yaakob , Ridzuan Nawi , M.Prakash , Zulhimi Fauzi , S.venood , Mohd Afzan .

Pemain Simpanan :
Azizan Arshad , Elias Sulaiman , Khairul Anwar Idris , Akmal Mohd Noor ,  Zairy Jaafar , Rohaizad Mat Ali , Amirul Asyraf ( GK )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan