Rabu, 2 Mac 2011

Adik Menghukum Abang di bumi MINDEN







Kesebelasan Utama USM FC : Jeeva , Farez , Shariman , Fakhrul , Adam , Hazrul Hakim , Ridzuan Nawi , Fauzan ( abg ) , Akmal, Afzan ( adik ) , Bashier .

Kehadiran peyokong P.Pinang untuk menyaksikan perlawanan menarik umpama pertemuan Adik Vs Abg membuatkan keadaan mini std. Usm P.Pinang menjadi bingit. Asakan awal p.pinang seawal minit pertama permainan menceritakan bahawa skuad pulau mutiara bernafsu besar untuk memenangi perlawanan pada mlm ini. Minit ke 9 . p.pinang dihadiahkan sepakan prcuma setelah Katen usm fc membuat asakan terhadap pemain tengah p.pinang.Kedua dua pasukan dilihat berbalas bals serangan selepas itu. Usm fc Pula diahadiahka sepakan percuma pada minit ke 12 setelah Mohd Akmal dijatuhkan di dalam kawasan p.pinang dan pemain p.pinang mendapat kad kuning pertama. Sepakan percuam meluru mencari gawang gol tetapi ditangkap kemas oleh penjaga gol p.pinang.

Rentak permianan diantara kedua dua pasukan seakan akan buntu untuk mencari gol. Namun , Pada minit ke 40 . Usm Fc dihadiahkan sepakan Penalti Setelah bola hasil sepakan penjuru oleh Usm fc dihadang oleh Tangan pemain P.Pinang. Adik a.k.a Afzan dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti. Afzan tidak mempersia siakan peluang tersebut lantas memberi gol peratma utk Usm fc melalui sepakan penalty kencang menewaskan penjaga gol P.Pinang.

Selang hanya beberapa minit perlawanan . Usm Fc sekali lagi mengasak melalui bahagian kiri padang melalui bekas pemain harimau muda iaitu Mohd Akmal . Hasil serangan tersebut , Usm Fc dihadiahkan sepakan percuma yang diambil Sendiri Oleh Akmal. Sepakan percuma tersebut telah menghasilkan keadaan kelam kabut di depan gawan P.Pinang lantas Adam Abd Malik menggunakan peruang ynag terhidang untk menghadiahkan Gol Kedua Buat USM FC melalui sepakan kencang pada minit ke 45.

Bermula babak kedua perlawanan Usm fc Serta pasukan P.Pinang masing masing melakukan pertukaran pemain. Usm fc mengeluarkan Afzan dan membawa masuk Thinagaran pada minit ke 70 dan pada minit ke 78 , hafiz dbawa masuk bagi menggantikan Fauzan. Minit ke 45 Separuh masa kedua , Gol ke 3 tercipta setelah Mohd Bashier menanduk masuk bola ke dalam gawang P.Pinang melalui hantaran lintang kanan Cantik oleh Mohd Fakhrul radzi Yakob ( Gee ). Gol tersebut sama sekali telah mematahkan semangat pemian pihak lawan untuk mendapatkan gol pernyamaan.Tamat perlawanan Usm Fc 3 – 0 P.Pinang.

Kemenangan mlm ini secara jujurnya mampu menaikkan kembali semangat serta moral para pemain Usm Fc bagi menghadapi perlawanan akan datang. Prestasi juga kualiti Permainan sama sekali perlu digandakan dan Percaturan kreativiti oleh ketua jurulatih S.veloo Amat ditagih. Ayuh , Kejaayaan Mu .. Kebanggaan kami !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan