Isnin, 14 Mac 2011

Usm fc bangkit di Larkin

Perjalanan ke johor yang memakan masa hampir 10 jam langsung tidak mematahkan semangat para pemain usm fc menentang johor . Menurunkan kesebelasan utama , seperti kebiasannya menaruhkan kepercayaan buat pasangan kembar usm fc iaitu mohd fauzan ( 8 ) dan mohd afzan ( 9 ) zainal abidin serta mohd bashier napae( 10 ) untuk merobek gawang pasukan johor.

Setelah wisel permulaan ditiupkan , usm fc telah merencanakan serangan bertali arus kea rah gawang pasukan johor. Hasil gerakan menarik 1- 2 diantara mohd bashier serta pasangan kembar Usm fc . Usm fc telah Berjaya menjaringkan gol awal melalui sepakan kencang mohd Afzan zainal abidin pada minit ke 8 perlawanan setelah Berjaya mengelecek melepasi pemain pertahanan pasukan johor.

Selang 2 minit selepas itu , pasukan johor telah Berjaya mengikat kedudukan 1 sama setelah pemain pasukan johor menanduk kemas menerjah gawang pasukan usmfc hasil daripada sepakan sudut. Kealpaan di bahagian pertahanan usm fc sekali lagi telah memberi kesan kepada pasukan. Namun begitu , Semangat melawan yang tinggi telah ditunjukan oleh anak buah S.Veloo bagi mendapakan gol. Asakan demi asakan , pada minit ke 35 usm fc mendapat sepakan penalti setelah bola terkena tangan pemain johor dalam kawasan kotak penalty. Mohd Bashier ditugaskan mengambil sepakan penalty. Malangya Sepakan Bashier Berjaya ditepis oleh penjaga gawang johor. Mohd fauzan yang berada berseorangan lantas menyepak masuk bola muntah itu lantas menerjah gawang johor menjadikan keputusan usm fc 2 -1 johor. Keptusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Menurut presiden kelab penyokong usmfc iaitu mohd ikhwan b musa , sains kemasyarakatan , 3 yang menyaksikn perlawanan itu menyifatkan bahawa pasukan usm fc mempunyai semangat melawan yang tinggi walaupun bermain di tempat lawan. “ pemain pasukan usm fc menunjukkan semangat melawan yang tinggi walaupun ada pada ketikanya usmfc diasak hebat oleh pasukan johor pada separuh masa ke dua.” Beliau juga berharap kemenangan pada malam ini mampu menaikkan lagi semangat serta keyakinan para pemain usmfc bagi menghdapi perawanan yang akan datang.

Menurut Ketua Jurulatih usm fc iaitu S.Veloo , keputusan malam ini telah membantu pasukan usm fc memperbaiki kedudukan dalam liga perdana. “ kemenangan pada malam ini sekurang kurangnya mampu memperbaiki kedudukan usm fc dalam liga perdana kerana usm fc mensasarkan kedudukan yang terbaik dalam liga pada saingan liga kali ini “. Beliau juga mahu para penyokong usm fc kembali memberi sokongan padu buat pasukannya pada aksi mendatang kerana beliau percaya sokongan padu dari para penyokong mampu membakar semangat para pemainnya untuk beraksi.

Barisan pemain usm fc yang diturunkan pada mlm itu :

Jeevanantham ( p.gol ), Fariss azlan ( kapten ) , shariman che omar , fakhrulrazi yaakob , adam abd malik , hazrul shah abd hakim , ridzuan nawi , mohd akmal mohd nor , mohd fauzan zainal abidin , mohd fauzan zainal abidin , mohd bashier mohd napae.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan