Selepas seri dengan Kedah pada Sabtu lalu,, rentak cemerlang USM FC “direntap” selepas tewas 1-2 kepada Skuad Piala Presiden PKNS sehari selepas beraksi menentang Kedah. Lebih pedih apabila kekalahan itu berlaku di gelanggang sendiri. Walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan namun perlawanan tersebut dijadikan kayu ukur dalam melihat keserasian USM FC menjelang sepak mula Liga Perdana pada 31 Januari nanti.
Namun, kali ini USM FC menurunkan skuad yang berbeza berbanding skuad yang menentang Kedah tempoh hari. Dengan menurunkan Solehin sebagai penjaga gol serta Fahmi,Adam,Syazwan dan Ang Choon Sai sebagai pelengkap banteng pertahanan. Barisan tengah pula dikawal oleh Akmal,Rohaizad,Tina dan Fakhrul Radzi sementara jentera serangan USM FC dikemudi oleh Failee dan Hafiz.
Separuh masa pertama barisan USM FC cukup sibuk dengan asakan yang bertalu-talu daripada skuad muda PKNS. Walaupun PKNS hanya menurunkan skuad muda,namun ternyata mereka mengawal permainan dengan menarik. Penghujung babak pertama, keputusan seolah-olah mahu ditamatkan dengan tanpa jaringan meleset apabila pemain PKNS dijatuhkan dalam kotak penalti lalu dihadiahkan sepakan penalti. Babak pertama berakhir dengan PKNS mendahului USM FC dengan 1-0.
Babak kedua dimulakan dengan beberapa pertukaran berlaku. Hisyam menggantikan Solehin di gawang manakala Basher dan Kamal dibawa masuk untuk memperkuatkan barisan serangan USM FC. Minit 27, penyerang PKNS tidak dikawal lalu melepaskan tendangan cantik dari luar kotak penalty lalu menerjah jaring menewaskan Hisham di gawang gol. Situasi tersebut terus member tekanan kepada USM FC apabila ketinggalan dengan 0-2.
USM FC terus menggandakan usaha dan akhirnya hasil satu tendangan sudut, tandukan Fahmi terkena bahagian belakang badan Basher lalu mengelitukan penjaga gol PKNS menyebabkan USM FC memperoleh gol saguhati. Tamat perlawanan, USM FC 1 – PKNS 2. Keputusan tersebut hakikatnya membuatkan coach S.veloo sedikit berang dengan anak buahnya. Bagi coach,kekalahan itu sebenarnya baik kerana memberi pengajaran kepada pasukan yang dibuai dengan keputusan menang dan seri sebelum bermula aksi sebenar 31 Januari ini. Coach juga berharap, pasukan mengambil serius kekalahan ini dan berharap segala kelemahan dapat dibaiki.
Sekali kalah,bukan bererti tewas selamanya. Orang yang kuat adalah orang yang bangun daripada kekalahan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Come on USM FC, you can do it.. We Lead....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan