Isnin, 24 Januari 2011

USM FC "ikat" Kedah di Darul Aman







Selepas bergaya menewaskan Kelantan dalam perlawanan persahabatan di stadium USM, skuad USM FC kendalian coach S. Veloo bertandang ke Stadium Darul Aman dalam rangka perlawanan persahabatan menentang Kedah. Pertemuan dengan Kedah cukup signifikan kerana ia ibarat pertemuan buku dan ruas kerana kedua-dua pasukan ini menewaskan Kelantan dengan jaringan yang sama sebelum ini dalam perlawanan persahabatan. Namun, misi USM FC kali ini cukup membara dan berkobar-kobar kerana majoriti barisan pemain USM FC merupakan anak jati Kedah dan juga pernah menabur bakti sebagai pemain piala presiden Kedah seperti rizuan nawi, rohaizat, fakhrulrazi,mohd baser,syazwan,kamal dan Farez. Bagi mereka,ada yang menganggap pertemuan ini medan "membalas dendam" kerana mereka mahukan membuktikan kepada bekas majikan mereka bahawa mereka masih mampu menggalas tugas sebagai pemain bola sepak yang baik.

USM FC menurunkan kesebelasan terbaik iaitu Jeevanathan, Zairi,Fariz,Azizan,Shariman dalam menjadi benteng pasukan. Sementara di bahagian tengah pula dikemudi oleh Hazrul atau "alang",Rizuan Nawi,Kamal dan Afzan manakala Basher dan Fauzan mengemudi jentera serangan USM FC.

Kedah yang dibarisi dengan nama-nama besar seperti Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim serta diperkuatkan dengan pemain kebangsaan seperti Sabree Abu dan Faizal Abu Bakar. Namun, skuad yang dibimbing oleh coach Ahmad Yusof itu terkedu seketika dengan cubaan Basher pada minit ke 14 namun diselamatkan oleh penjaga gol Kedah, Al-Hafiz. Minit 33 pula menyaksikan Jeeva sibuk kerana terpaksa menyelamatkan cubaan deras Baddrol Bakhtiar. Separuh masa pertama dilihat permaina USM FC yang bermula agak perlahan akhirnya menampakkan penguasaan yang baik. Tamat separuh masa pertama,keduduka terikat tanpa jaringan.

Separuh masa kedua bermula dengan USM FC memiliki sedikit suntikan moral kerana dapat memberi saingan sengit kepada Kedah. Coach Veloo membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Tina dan Failee bagi memeprkuatkan jentera serangan USM FC. Para penonton di Stadium Darul Aman berang dengan aksi Kedah yang gagal membuat sebarang cubaan yang mencemaskan benteng USM FC sebaliknya USM FC yang lebih bergaya melancarkan serangan.
Perlawanan yang diadili dengan tidak tegas dan sering memberi "advantage" kepada pasukan tuan rumah menyaksikan beberapa aksi keras yang mengundang kemarahan barisan USM FC. Hazrul yang disiku Khairul Helmi Johari terbaring dan mengalami pendarahan di hidung. Bukan itu sahaja, Shariman Che Omar juga diasak keras oleh Faizal Abu Bakar sehingga hampir mencetuskan insiden yang tidak diingini. Akibat kelemahan mutu pengadilan dan tekanan yang dihadapi tuan rumah, minit 27, pergelutan di udara antara Shakir Ali dan Fariz mengundang pergaduhan apabila Shakir menyiku dan menumbuk Fariz betul-betul dihadapan kerusi pengadil keempat. Insiden tersebut menyaksikan pergaduhan antara kedua-dua pemain dan akhirnya shakir Ali dan Fariz diminta meninggalkan padang. 3 minit kemudian,pengadil menamatkan perlawanan sebagai langkah untuk membendung insiden yang lebih teruk berlaku. Tamat perlawanan, Kedah 0 - USM FC 0.

Keputusan seri tersebut sebenarnya melegakan Coach Veloo kerana sebagai pasukan liga perdana, USM FC dilihat turut bergaya kerana mampu mengikat Kedah di gelanggang mereka sendiri. Persoalannya,adakah rentak cemerlang USM FC dapat diadaptasikan dalam aksi liga nanti? Jawapannya adalah ada pada kesemua pengurusan dan barisan pemain USM FC di samping sokongan padu para penyokong setia USM FC.

Dari pena penulis, teruskan menyokong USM FC kerana inilah permata baru bola sepak negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan