Rabu, 23 Februari 2011

Sejarah lama berulang lagi...





Penjaga gol : Jeevanathan.

Pertahanan :Farez,Shariman,Fahmi,Shahril.

Tengah : Fakrul radzi,Akmal,Kamal,Fauzan

Serang : Afzan,Failee

Pentas Piala FA membuka tirai dengan perlawanan pusingan pertama berlangsung malam tadi. Perlawanan tahun lalu sekali lagi berulang apabila USM FC dijadualkan bertemu skuad Terengganu. Walaupun tahun lalu USM FC “di ratah” oleh skuad Penyu itu,namun USM FC kali ini tampil dengan misi menebus kehampaan.

Terengganu yang diperkuatkan dengan beberapa pemain ternama mereka seperti Manaf Mamat,Ashaari dan Marzuki Yusof tampak serius dalam aksi di stadium USM malam tadi. Usaha mereka berhasil pada minit ke 25 apabila gawang USM FC bolos hasil jaringan Zaharin. Rentak USM FC sedikit gugup dan tidak begitu rapi di babak pertama. Kealpaan pertahanan USM FC dihukum lagi pada minit-minit akhir babak pertama apabila Ashaari meletakkan Terengganu selesa mendahului USM FC dengan 2-0.

Bersambung babak kedua, corak permainan USM FC tampak lebih menarik dan sentiasa melakukan banyak serangan kea rah pintu gol pasukan Terengganu. Kemasukan Rizuan Nawi dan Baser hakikatnya sedikit menajamkan jentera serangan USM FC. Hasilnya, minit 70, Baser merapatkan kedudukan dengan jaringannya bagi memastikan kedudukan 1-2. Keghairahan USM FC mencari gol jelas terpancar dengan serangan yang bertalu-talu,namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.

Tamat perlawanan, USM FC 1 – Terengganu 2. Walaupun tewas,keazaman yang tinggi sebenarnya menjadi azimat dan amaran kepada pasukan berstatus elit seperti Terengganu bahawa USM FC bukanlah pasukan belasahan kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan