Menanti kunjungan Harimau Muda B di gelanggang sendiri Jumaat ini pasti akan menjadi satu misi penting buat anak-anak didik Coach Veloo kerana mereka sedar hanya tiga mata mampu memperbaiki kedudukan USM FC dalam carta Liga Perdana. USM FC perlu melupakan perlawanan lepas dan bertekad untuk tidak menghampakan penyokong setia USM FC di bumi Pulau Pinang. USM FC perlu konsisten dalam baki perlawanan demi mencapai sasaran TOP 4 dalam kedudukan Liga Perdana sekaligus mencuri satu slot ke saingan Piala Malaysia.
Terdahulu, USM FC kecewa selepas diikat ATM di gelanggang sendiri. Walaupun mendahului lawan dengan jaringan Failee, bayangan 3 mata yang seolah-olah dalam genggaman akhirnya musnah apabila ATM menyamakan kedudukan pada minit 80 sekaligus terpaksa berkongsi mata dengan ATM.
Sebelum turun bertemu ATM, USM FC ceria selepas memperoleh 3 mata hasil kemenangan 2-1 ke atas pasukan Johor. Jaringan Thinagaran dan Afzan sudah memadai buat USM FC untuk memperoleh 3 mata yang cukup berharga.
Justeru, sifir Jumaat ini jelas, USM FC perlu menang dan beroleh 3 mata. Ayuh warga pulau mutiara, penuhkan Stadium USM demi kejayaan pasukan kita. WE LEAD...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan