Isnin, 2 Mei 2011

MENANG BERGAYA DI BATU KAWAN, TEWAS BESAR DI MBPJ

Selepas bergaya menewaskan “abang” mereka di stadium batu kawan tempoh hari, rentak cemerlang USM FC tersentak selepas dikejutkan dengan kekalahan besar 0-4 kepada pendahulu liga, PKNS. Sememangnya usia 2 tahun USM FC dalam kancah liga perdana masih gagal menyaingi PKNS yang sudah 5 tahun dalam aksi liga perdana. blogger tidak dapat memberi laporan perlawanan tersebut kerana tidak dapat hadir ke lokasi. namun, blogger sediakan skrip aksi USM FC menewaskan P.Pinang 5-2 di stadium batu kawan jumaat lepas.

kesebelasan utama USM FC :

jeevanathan,

fakhrul razi, shariman, shahril, fariss (kapten),

redzuan nawi, hazrul hakim, thnagaran, afzan zainal,

hafiz, failee.

minit 3 - sepakan sudut p.pinang.

4 - sepakan percuma p.pinang,jeevanathan selamatkan cubaan.

10 minit awal - permainan perlahan.

19 - failee buat cubaan, diselamatkan penjaga gol p.pinang.

20 - sepakan sudut thina, afzan tanduk,gol, usm fc 1 - p.pinang 0.

27 - cubaan jauh pemain p.pinang.

30 - failee kelirukan pertahan,, tewaskan penjaga gol dengan sepakan rendah, usm fc 2 - p.pinang 0.

32 - larian solo failee, usm fc 3 - p.pinang 0.

bersambung babak kedua

51 - shariman out, zairi in.

55 - failee hatrik, usm fc 4 - p.pinang 0.

57 - fauzan in, hafiz out.

59 - berpunca sepakan sudut, hazrul hakim rembat cantik. usm fc 5 - p.pinang 0.

61 - kekalutan depan pintu gol, arshah ayob jaringkan gol. usm fc 5 - p.pinang 1.

73 - thina out, taufiq in.

85 - p.pinang jaringkan gol. usm fc 5 - p.pinang 2.

89 - taufiq dilayagkan kad merah.

tamat. usm fc 5 - p.pinang 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan