Sabtu, 24 Disember 2011

PEMAIN BARU PASUKAN USM FC BAGI TAHUN 2012


Sudah menjadi lumrah dalam Bola sepak , beberapa pemain USM FC yang dilihat berpotensi  telah dipancing oleh pasukan lain untuk mendapatkan khidmat mereka bagi saingan liga musim hadapan . Antaranya adalah seperti Failee Ghazli ( Perak F.A ), G Jeevanantham ( Selangor ) Dan juga ketua pasukan Mohd Fariz mohd isa ( Sabah ). Namun , kemasukan beberapa pemain baru juga dilihat dapat menambah sengat pasukan USM FC kali ini untuk bertanding  , sekaligus  berupaya mengangkat martabat maruah pasukan USM FC ini dalam arena Bolasepak Malaysia.

Terdapat beberapa pemain baru dari pasukan Luar juga telah Berjaya diikat oleh pasukan USM FC . Antaranya adalah Mohd AL Hafiz Hamzah ( Kedah ), Mohd Fitri Jamaluddin ( Kuala Lumpur ) , Mohd Elias Sulaiman ( Pos Malaysia ) dan S.Venood ( P.Pinang ).

Apa yang lebih membanggakan adalah , USM FC telah membawa masuk 3 orang pemain muda seawal usia 17 tahun. Mereka adalah Mohd Faizat Mohd Ghazli ( SMK Mutiara Impian ) , Mohd Amirul Asyraf Mohd Suhaidi ( SMK Penang Free ) , serta Mohd Shafiq Safaruddin ( SMK Mutiara Impian ).  Mereka ini dipilih kerana mereka  mempunyai Kriteria untuk diserapkan beraksi dalam kejohanan yang lebih tinggi berdasarkan prestasi serta keupayaan yang mereka miliki .
Kami di meja editor mengucapkan syabas dan Selamat Berjuang buat pasukan USM FC dalam mengharungi kempen liga Malaysia 2012 yang bakal bermula nanti !! We Lead !!

USM FC 2012

Berbekalkan semangat serta iltizam yang tinggi dalam kalangan pengurusan USM FC , Pasukan USM FC sah akan menyertai saingan Liga Malaysia pada tahun 2012 . Sebuah pasukan  Bertaraf kelab  yang  sebelum ini dikhabarkan akan menarik diri pada saingan Liga Malaysia tahun 2012 atas hal hal tertentu kini telah menyusun strategi bagi memberi cabaran yang lebih ampuh untuk edisi tahun 2012 khusunya dalam  saingan Liga Perdana Malaysia.

Pada awal jendela penghijrahan para pemain dibuka , USM FC tidak berbelanja besar untuk merekrut pemain pemain  baru . Malah , pada musim 2011 sewaktu liga berlangsung sebenarnya tidak ramai yang memberi perhatian terhadap kredibiliti pasukan universiti ini. Hal ini memandangkan pasukan USM FC hanya menggunakan tenaga muda yang digabungkan dengan beberapa pemain berpengalaman sahaja . Tetapi , Alhamdulillah, Nama nama yang sedang meningkat naik seperti Mohd Failee Ghazli , Mohd Ridzuan Nawi , Mohd Fariz Mat Isa serta Mohd Akmal Mohd Noor telah pon dipinjam oleh beberapa pasukan luar sewaktu khidmat mereka diperlukan sewaktu kempen Piala Malaysia berlangsung.

S.Veloo masih lagi diberi Kepercayaan untuk terus membimbing pasukan  USM FC  sebagai ketua jurulatih , dibantu oleh Saudara Azhar Abd Rahman serta Manzoor Azwira Abd Wahid. Menurut Pengurus pasukan iaitu saudara Azizudin Mohd Sharif , Beliau percaya pasukan USM FC akan memberi saingan  yang lebih kompetitif bagi saingan liga pada kali ini sekiranya semua pihak yang terlibat  memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi pada pasukan dan bukannya sekadar ingin  menjadi penumpang  semasa saingan Liga Perdana berlangsung kelak .

Penglibatan sebuah pasukan Kelab Bola Sepak Staf Universiti Sains Malaysia wajar diberi penghormatan kerana telah menunjukkan hasil yang membanggakan . Ramai pemain muda berjaya dibentuk bagi melahirkan pemain  pelapis yang berkualiti dan berdaya saing dalam arena Bolasepak Malaysia. We Lead!

Ahad, 17 Julai 2011

USM FC MENAMATKAN SAINGAN DI TANGGA KE ENAM LIGA PERDANA

Saingan pasukan USM FC dalam kancah liga perdana berakhir dengan nota kemenangan 3-1 ke atas pasukan Pos Malaysia. Kemenangan itu telah meletakkan USM FC di tangga ke enam liga. Agak memilukan apabila kemengan itu tidak Berjaya melonjakkan kedudukan USM ke tangga kelima liga yang menjanjikan slot play-off sebagai memberi peluang untuk beraksi dalam kancah Piala Malaysia. Namun, USM FC patut berbangga dengan pencapaian yang diperoleh kerana baru 2 musim beraksi dalam kancah Liga Perdana.

Perlawanan terakhir lalu telah menyaksiakan USM FC membuka tirai jaringan pada saat ke 22 apabila cubaan Failee gagal ditangkap penjaga gol Pos Malaysia. Namun, aksi selepas itu cukup ketara didominasi oleh Pos Malaysia dan akhirnya Pos dapat menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang pada minit 36 permainan.

Babak kedua dimulakan dengan aksi yang tidak menentu dan kawalan bola yang sesekali memberi ruang kepada Pos Malaysia untuk melancarkan serangan. Minit 73, Failee sekali lagi menjaringkan gol kedua pasukan dan hatrik pada minit ke 85. Failee mampu menambah jaringan namun cubaannya terkena tiang gol. Tamat perlawanan, USM FC 3, Pos Malaysia 1.

Harapan semoga USM FC mampu melonjak dengan lebih baik pada musim hadapan. Buat pemain-pemain USM FC yang dipinjam oleh pasukan lain untuk saingan Piala Malaysia, kami di Kelab Penyokong USM FC mengucapkan selamat maju jaya. Buat pengurusan, Jurulatih dan para pemain USM FC, saya ingin memohon maaf andai liputan selama ini menyentuh perasaan mana-mana pihak, jutaan terima kasih di atas kerjasama dan persahabatan yang diberikan. Selamat maju jaya, kita jumpa lagi pada musim depan. Sila klik kolum kedudukan liga untuk melihat pencapaian skuad kesayangan kita. Saya juga telah sediakan senarai penjaring skuad USM FC yang lengkap dalam kolum Penjaring. Assalamualaikum dan sayonara...

Khamis, 2 Jun 2011

Pertahanan USM FC Masuk Hospital .

Pemain pertahanan Kental USM FC Azizan Arshad atau lebih dikenali sebagai Jan ( jersi num. 3 ) kini dilaporkan berada di Hospital Sultan Abd Halim Sg Petani. Beliau Dimasukkan Ke Unit Rawatan Rapi ( icu ) Setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan lama Baling – Kulim . sebelum Kejadian Berlaku , Azizan dilaporkan memandu kereta setelah selesai menghadiri Walimatul Urus Raja Sehari teman sepasukannya Mohd Bashir Napi Di Baling Kedah.

Menurut Wakil keluarganya, Keadaan Azizan Kini berada dalam keadaan stabil . Kami di meja Editor Kelab penyokong USM FC , Para Pemain serta yang sewaktu dengannya mendoakan Agar Azizan cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Sesungguhnya Ujian Dari Yang Maha esa itu ada hikmahnya..

USM FC di baham Bujang Senang

Setibanya Skuad USM FC di bumi Kenyalang , Segalanya bermula dengan baik dari segi persiapan serta taktikal yang diaduni oleh Coach S.Veloo dibantu pembantunya Zabidi Hassan diatur bagi meyerap asakan pasukan Tuan Rumah . Bertemu USM FC , Pasukan Sarawak Hanya memerlukan 1 mata sahaja lagi bagi menampah slot ke lIga Super Pada tahun Hadapan. Perlawanan ini Telah dilangsungkan pada jam 4.15 Petang.

Separuh masa pertama :

tempo perlawanan yang membabitkan kedua dua pasukan adalah seimbang , kedua dua pasukan sering membalas serangan Namun hanya penyudah utk mnghasilkan gol belum dapat diHasilkan. Pada penghujung Separuh masa pertama , minit 34 azizan arshad dilayangkan kad kuning kerana mengasak pemain Sarawak. Minit ke 36 sepakan percuma pasukan Sarawak menghinggap palang gol pasukan USM FC.

Separuh Masa Ke Dua :

Bermula separuh masa ke Dua , Pasukan Sarawak mengasak Habus Habisan ke kubu USM FC dan Berjaya mendapatkan gol Pertama mereka Pada minit 47melalui rembatan pemain berjersi 27. Selang 3 minit selepas itu , kelalaian pertahanan pasukan USM FC sekali lagi dihidu oleh Pemain Sarawak memboleh mereka Mendpat Gol Kedua. Rohaizad Ali di bawa masuk bagi menggantikan Mohd fauzan zainal Abidin pada minit ke 60. Pasukan Ngap Sayot menjaringkan Gol Ke 3 mereka pada minit ke 69 melalui booby Gonzalez . Minit ke 85 Pasukan Sarawak menambah gol ke 4 hasil sepakan percuma menarik menewaskan Jeeva Buat kali ke 4 berturut turut.

Mohd afzan Zainal Abidin Merapatkan jurang Apabila menjaringkan Gol Saguhati Buat pasukan USM FC pada minit 87. Mohd Soleihin Dibawa masuk bagi menggantikan Jeevanatham pada minit 88. Perlawanan Tamat menyaksikan Pasukan USM FC tewas 1 – 4 oleh pasukan yg dibimbing oleh Roberts Alberts.

Hasil penilaian , pasukan USM FC sebenarnya bermain baik , malangnya kelalaian di bahagian Pertahanan sedikit sebanyak menjejaskan prestasi dan tempo perlawanan. Keputusan pengadil serta penjaga garisan yang kurang efektif seringkali tidak menyebelahi buat USM FC. Bukan mencari alasan tetapi keputusan pengadil yang kurang bijak mengendalikan perlawanan sebenarnya merencat serta melunturkan semangat melawan para pemain USM FC sendiri. Diharapkan perlawanan selepas ini USM FC Tidak lagi Dihukum Oleh Tindakan kurang wajar oleh Pihak Tertentu yang mampu memberi kesan buat Kemajuan Bola Sepak Negara khususnya.

Kesebelasan Utama USM FC :

Jeevanatham , Fakhrul Razi , Azizan Arshad , Syazwan Kassim , Mohd Fariss Azlan , Hazrul Hakim , Mohd Afzan , mohd Fauzan , Mohd Failee Ghazli , Mohd Akmal Mohd Noor.


Usm Fc 1 – 0 Harimau Muda B

USM FC bertekad mahu kembali membalas dendam di atas kekalahan di tangan pasukan H.Muda B pada pusingan Pertama Liga Perdana tempoh hari. Bermain Di Halaman sendiri ditambah pula sokongan yang diterima daripada penyokong setia Menaikkan moral dan semangat pasukan USM FC .

Seawal minit pertama permainan bermula , USM FC mengasak pasukan H.Muda dari kiri serta kanan sudut padang. Pada minit ke 4 , Gol Keramat telah dijaringkan oleh Mohd Fauzan Zainal Abidin hasil tolakan kemas rakan pasukan Failee Ghazli Di dalam Kotak penalti harimau Muda B.

Minit ke 10 , gerakan serta percubaan cantik Mohd Fauzan Zainal Abidin sekali lagi mencemaskan seketika Kem Pasukan Harimau Muda B apabila gerakan solo di samping percubaan kemasnya Berjaya ditepis oleh Penjawa Gawang Harimau Muda B. Minit 22 , USM FC hampir mendapat gol ke 2 setelah berlaku pergelutan di depan gawang Harimau Muda B , Namun nasib tidak menyebelahi pasukan USM FC.

Gerakan balas dari Pasukan Harimau Muda B sekali sekala mencemaskan para penyokong serta piahk pengurusan USM FC , mujur Jeeva serta pemain pertahanan Bijak membaca serta menangkis serangan Skuad Harimau.

USM FC mendapat peluang keemasan untuk menambah jaringan setelah dihadiahkan Sepakan penalty pada minit ke 58 disamping salah seorang pemain pasukan H.Muda B diarahkan meninggalkan padang setelah menggunakan tangan bagi menampan bola sepakan Afzan zAinal Abidin. Mohd Afzan dipertanggungjawab untuk mengambil sepakan ini Namun, malangnya Sepakan beliau tersasar. Minit ke 75 , Bashir Napae dibawa masuk bagi menggantikan Mohd Afzan , Sementara Manzoor Azwira menggantikan Mohd Akmal yg dibawa keluar pada minit ke 85. Tamat Perlawanan USM FC 1 – 0 Harimau Muda B.

Kesebelasan utama USM FC :

Jeevanatham , Fariss azlan , Shariman Che Omar , Fahmi Mohd Yusoff , Azizan Arshad , Fakhrul Razi , Mohd Akmal , Hazrul Shah Hakim , Mohd Fauzan , Mohd Afzan , Mohd Failee Ghazli.