Khamis, 13 Januari 2011

REFORMASI USM FC HADAPI LIGA MALAYSIA



Perlawanan persahabatan pasukan bola sepak Universiti Sains Malaysia (USM) dengan sebelas pasukan dari selurah Malaysia merupakan persiapan awal bagi pasukan USM FC dalam menghadapi kejohanan Piala Liga Perdana 2011.

Antara perlawanan persahabatan yang pernah dijalankan adalah dengan pasukan Perlis, Perak, Pulau Pinang dan beberapa pasukan lagi yang ke semuanya merupakan persiapan untuk menghadapi kejohanan tersebut yang akan bermula 31 Januari ini

Dalam perlawan tersebut, USM telah memenangi beberapa perlawanan seperti menumpaskan skuad Inpro SC (Kelab Division 3 Pulau Pinang), Pasukan Malinja (Baling, Kedah) dan keputusan seri semasa perlawanan persahabatan dengan Perlis.

USM FC juga telah menggiatkan usaha yang lebih lagi bagi menghadapi Piala Liga Perdana pada tahun ini yang juga merupakan penyertaan buat kali kedua dalam kejohanan ini iaitu pada tahun 2010 yang mana USM telah tercalon sebagai universiti yang pertama melayakkan diri dalam kejohanan ini.

Setiausaha dan Pegawai Pasukan USM FC, Muhamad Sidek Karim berkata, peningkatan dalam prestasi perlawanan pasukan USM FC jelas kelihatan jika dibandingkan dengan perlawanan sebelumnya.

“Pada musim lalu, tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan pasukan USM adalah jelas kelihatan dan hal ini mungkin disebabkan penyertaannya buat pertama kali dalam kejohanan sebegini.

“Walaupun begitu, pada tahun ini, latihan untuk pasukan USM FC adalah lebih kerap lagi dijalankan bagi menguatkan stamina atlet bagi menghadapi perlawan- perlawanan yang seterusnya.

“Saya juga merasakan, jika dilihat daripada kesungguhan pemain, skuad bola sepak universiti mempunyai peluang yang cerah untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi selagi mana tahap kerjasama dalam pasukan berkekalan”, kata Sidek.

Menurut Presiden Kelab Penyokong USM FC, Mohd Ikhwan Musa yang juga pelajar tahun akhir Sains Kemasyarakatan, USM FC mempunyai masa depan yang cerah.

“USM FC yang dipimpin oleh coach Veloo mensasarkan kedudukan empat teratas (top 4) dalam Liga Perdana 2011.

“Musim 2010 lalu, USM FC bermain dengan baik walaupun pertama kali beraksi dalam Liga Perdana, USM Berjaya mengekalkan kedudukan dalam liga dan memberi saingan kepada pasukan elit seperti Sabah, PDRM dan Felda United”, ujar Ikhwan.

Menurut Penolong Presiden Kelab Penyokong USM FC pula, Mohd Farzli Adenan dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, penyertaan pemain yang berpengalaman akan menyengitkan perlawanan.

“USM FC diperkuatkan lagi dengan kehadiran enam pemain yang berpengalaman seperti bekas pemain dari (PKNS), Hazrul Shah Abd. Hakim, bekas pemain dari Pulau Pinang, Thinagaran a/l Santanadevan yang juga bekas penjaga gol Johor, Jevanathan a/l Gunasekaran dan Mohd Ridzuan Nawi yang juga bekas pemain dari Kedah dan Proton FC,

“Penyertaan bekas pemain harimau muda, Mohd Akmal Mohd Noor dan Shariman Che Omar iaitu bekas pemain dari Kedah, Penang, Perlis dan DPMM Brunei dijangka akan merancakkan lagi perlawanan”, kata Farzli ketika ditemui semasa perlawanan persahabatan antara USM FC dengan Perak.

Tambahnya lagi, sokongan daripada siswa amatlah diharapkan kerana penyokong juga merupakan nadi kejayaan kepada pasukan bola sepak university dan sebarang maklumat berkenaan dengan aktiviti dan perlawanan USM FC boleh didapati di laman sesawang facebook ‘Kelab Penyokong USM FC’.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan