Jumaat, 14 Januari 2011

T-TEAM TUMPAS DI TANGAN USM FC



Walaupun bergaya menundukkan Skuad Perlis dengan jaringan 2-1 dan mengalahkan pasukan SDM kepala batas dengan 4-2, siri perlawanan persahabatan skuad T-Team diajar dengan nota kekalahan apabila tewas di tangan USM FC 0-1 di Stadium Olahraga USM malam tadi hasil jaringan saudara Failee pada perlawanan yang baru masuk minit ketiga. Failee yang tidak dikawal dengan mudah menyempurnakan hantaran linatng yang cantik daripada saudara Kamal. Sememangnya gol awal tersebut memberi suntikan semangat kepada USM FC apabila sering melancarkan serangan namun tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan walaupun memiliki banyak peluang menerusi penyerang sensasi USM FC iaitu saudara Afzan atau lebih dikenali dengan panggilan "abang".

T-Team kadang kala cuba melancarkan serangan menerusi gandingan pemain elit mereka iaitu Indra Putra, Nor Farhan, Zairo dan Haris Safwan namun kekebalan benteng pertahanan yang diketuai oleh saudara Fariz mematahkan hasrat T-Team untuk memperoleh jaringan. Sepanjang separuh masa pertama, USM FC dilihat terus memberi tekanan kepada T-Team dan adakalanya mencemaskan benteng pertahanan T-Team. Minit ke 40 menyaksikan Indra Putra dilayangkan kad kuning pertama perlawanan selepas mengasari Saudara Kamal. Di penghujung babak pertama, pemain tengah USM FC, saudara Hazrul digantikan dengan saudara Akmal selepas mengalami kecederaan.

Separuh masa kedua menyaksikan saudara Kamal digantikan dengan Hafiz dan Afzan digantikan dengan saudara Bashir. Namun,pertukaran tersebut tidak memberi kesan kepada rentak cemerlang USM FC apabila terus mencipta peluang untuk mencari gol. Pintu gol USM FC cemas pada minit 58 apabila Nor Farhan melepaskan rembatan padu ke penjuru gawang, namun bekas penjaga Johor FC yang kini menjadi penjaga gol utama USM FC iaitu Jeevanatham cemerlang melayangkan badan dan menangkap kemas sepakan kencang tersebut.

Keputusan 1-0 itu cukup melegakan Coach Veloo kerana fokus utama pasukan adalah kekalkan winning mentality. Bagi coach Veloo, UM FC mempamerkan aksi yang cukup bertenaga. USM sememanganya berada dalam satu keluarga. Beliau yang cukup mesra dengan para pemainnya turut bergurau senda dengan pertahanan kanan USM FC apabila memanggil Saudara Zairi atau lebih popular dengan gelaran "Wak" dengan panggilan "my son".

Penulis sempat menemuramah Ketua Jurulatih T-Team, Saudara Yunus Alif. beliau berpendapat USM FC memiliki pasukan yang cukup mantap dan mampu memberikan saingan yang sengit dalam kancah Liga Malaysia. Beliau memberi pujian kepada penjaga gol USM FC kerana begitu cemerlang dan menggagalkan hasrat T-Team untuk mencari jaringan.

S
elain itu, bekas pemain PKNS yang kini beraksi dengan USM FC iaitu saudara Hazrul atau "alang" menyifatkan perlawanan malam tadi memiliki taktikan yang menarik dan memperlihatkan mutu peningkatan berbanding perlawanan terdahulu. Beliau menyeru supaya rakan sepasukan mengekalkan momentum prestasi pasukan demi mencipta penyudah yang lebih berkesan. Bagi Hazrul, langkah Coach Veloo membuat pertukaran kesebelasan utama pasukan sememangnya baik kerana menyediakan pasukan yang lebih fleksibel menjelang aksi Liga Perdana yang bermula 31 Januari ini. Ditanya mengenai perlawanan persahabatan USM FC seterusnya menentang Kelantan di Stadium USM pada 17 Januari ini, Hazrul berharap, oasukan fokus untuk menang dan sambil tersenyum, beliau mengharapkan kepurusan pada malam ini akan berulang lagi 17 Januari ini.

Perlawanan persahabatan berikutnya ialah antara USM FC dengan Kelantan di Stadium Olahraga USM pada 17 Januari pada pukul 8.45 malam. Perlawanan pada malam itu turut diserikan dengan perlawanan pembuka tirai, Perlawanan Klasik antara Pasukan Veteran USM menentang pasukan Veteran Pulau Pinang. Seluruh warga USM menyeru semua peminat datang menyaksikan perlawanan tersebut, masuk adalah p ercuma.

Dari meja penulis, kejayaan pasukan hakikatnya ditunjangi dengan penyokong yang setia. AYUH, sokonglah pasukan kesayangan anda. Majulah Sukan Untuk Negara.

WE LEAD...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan