Rabu, 26 Januari 2011

USM FC belasah Skuad Muda Pulau Pinang.

Kemenangan besar menewaskan pasukan Piala Presiden Pulau Pinang menjadi skrip penutup tirai siri perlawanan persahabatan skuad USM FC dalam persiapan sebelum sepak mula liga perdana pada 31 januari nanti.

Beraksi pada waktu petang di Stadium USM, USM FC menurunkan kesebelasan terbaik dengan meletakkan Hisyam sebagai penjaga gol. Seperti biasa barisan pertahanan diketuai oleh Fariz,Shariman, Zairy dan Shahril atau "familiar" dengan panggilan Boyat. Sementara bahagian tengah melibatkan Rizuan Nawi,Hazrul,Kamal dan Fauzan dan barisan penyerang USM FC diketuai oleh Afzan dan Failee.

Beraksi dalam cuaca hujan lebat,tempo perlawanan agak perlahan dan USM FC tidak mempamerkan aksi sebenar mereka, Minit ke 5,berpunca daripada kesilapan penjaga gol lawan, Failee menolak mudah bola kedalam gawang gol untuk USM FC mendahului 1-0. Hakikatnya, penjaga gol USM FC jarang diuji sebaliknya USM FC sentiasa melakar beberapa gerakan yang menarik ke arah pintu gol lawan. Minit 36, Afzan meletakkan USM FC selesa mendahului 2-0 dengan menyempurnakan sepakan penalti. 3 minit kemudian, pesta gol USM FC bermula menerusi Failee yang menghukum kealpaan penjaga gol lawan untuk mencatatkan keputusan 3-0. Nafsu USM FC untuk mencari gol dalam separuh masa pertama ditamatkan dengan jaringan keempat apabila Afzan menyudahkan hantaran daripda sepakan sudut oleh Kamal untuk USM FC selesa mendahului dengan 4-0.

Separuh masa kedua bermula dengan memperlihatkan beberapa pertukaran dengan emasukkan Tina, Akmal,Bashir dan di penghujung babak kedua USM FC memasukkan Fakhrul radzi. Failee sememangnya menjadi watak penting dalam kejayaan ini apabila menjaringkan hatrik pada minit ke 67 selepas menerima hantaran yang baik daripada Tina. 6 minit berselang, Failee menamatkan aksi gemilang USM FC selepas menjaringkan gol keenam pasukan USM FC. tamat permainan, USM FC 6 - Presiden Pulau Pinang 0.

Secara keseluruhannya, Coach Veloo berpuas hati dengan aksi anak buahnya. Beliau juga berharap,prestasi tersebut dapat ditingkatkan menjelang pertemuan sulung Liga Perdana menentang PDRM,31 Januari ini di Stadium USM pada pukul 8.45 malam.

Ingat, selangkah USM FC melangkah,pantang undur dan menyerah kalah. Kita jumpa Isnin ini di Stadium USM... USM FC.......ANDA BOLEH...!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan