Ahad, 13 Februari 2011

SDM Navy buat USM FC “berpeluh” Sebelum USM FC Menang






Kesebelasan yang diturunkan :

Penjaga gol : Jeevanathan

Pertahanan : Farez, Zairy, Shariman, Shahril

Tengah : Rizuan Nawi, Hazrul, Hafiz, Fauzan

Penyerang : Afzan, Failee

Bertandang ke Stadium Batu Kawan selaku pasukan pelawat menetang SDM Navy, USM FC merasakan seolah-olah beraksi di laman sendiri kerana masih beraksi di negeri Pulau Pinang. USM FC yang masih segar dengan kemenangan tipis ke atas PDRM pada perlawanan pembukaan bertekad untuk mencari kemenangan kedua bertuturt-tururt.

Minit ke 10, USM FC hampir di depan, namun ketangkasan penjaga gol SDM Navy keluar lebih awal untuk menyelamatkan sepakan Afzan. SDM Navy turut mencemaskan kubu USM FC pasa minit ke 12 namun ketangkasan Jeeva menafikan gol untuk SDM Navy. Corak perlawaan agak perlahan dan kedua-dua pasukan tidak mempamerkan aksi yang sebenar kerana diiringi dengan hujan yang cukup lebat dan tiupan angin yang kuat. Minit ke 21, USM FC tersentak apabila kealpaan banteng pertahanan dihukum dengan jaringan oleh SDM Navy apabila bola lintang disudahkan dengan tendangan tepat menerjah jaring gol USM FC. Babak pertama juga menyaksikan dua orang pemain SDM Navy dilayangkan kad kuning dan seorang pemain USM FC iaitu Hafiz turut menerima kad kuning. Di penghujung babak pertama, USM FC memasukkan Bashir dengan menggantikan Afzan bagi memantapkan jentera serangan USM FC.

Bersambung babak kedua, corak perlawanan dilihat lebih bertenaga apabila USM FC melancarkan serangan menerusi Bashir. Keghairahan USM FC menyerang hampir membawa padah apabila SDM Navy melancarkan serangan kilat namun cubaan SDM Navy Berjaya diselamatkan oleh Jeeva. Minit ketujuh, hasil hantaran lintang oleh Failee, Bashir menanduk untuk mengikat kedudukan 1-1. Kegembiraan USM FC hanya bertahan selama 2 minit apabila SDM Navy sekali lagi mendahului dengan sepakan leret yang kencang bagi menewaskan Jeeva buat kali kedua.

Perlawanan makin menarik apabila minit ke 9, hasil permainan satu dua antara Hazrul dengan Fauzan, Fauzan melepaskan tendangan yang padu bagi menyamakan kedudukan. Minit ke 16 sepatutnya USM FC didepan apabila jaringan Failee didakwa telah berda dalam posisi offside. Minit ke 20, Hazrul digantikan dengan Manzoor bagi mengemudi jentera tengah. 4 minit kemudian, Fauzan pula digantikan dengan Tina. Jentera serangan USM FC tidak putus-putus melancarkan serangan namun masih buntu mencari gol. Minit ke 44, perlawanan yang seolah-olah akan tamat dengan keputusan seri berubah dengan jaringan apabial sepakan percuma oleh Manzoor gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol SDM Navy lalu memebri ruang kepada Failee untuk menolak mudah bola muntah tersebut. Tamat perlawanan, SDM Navy 2 – USM FC 3.

Dengan kemenangan tersebut,USM FC berkongsi tangga satu dua dalam carta Liga Perdana dengan PKNS dengan mengumpul 6 mata. Perlawanan USM FC seterusnya ialah pada 14 Februari (Isnin) di Stadium Selayang apabila dijadual menentang ATM. Semoga USM FC terus mengekalkan momentum kemenangan. Ayuh USM FC, Go Go Go

Tiada ulasan:

Catat Ulasan